Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

 KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Tingkatkan Kemahiran Aktiviti Penyebaran​—Cara Menulis Surat yang Baik

Tingkatkan Kemahiran Aktiviti Penyebaran​—Cara Menulis Surat yang Baik

MENGAPA PENTING: Buku 1 Korintus ialah salah satu daripada 14 surat yang ditulis oleh Rasul Paulus untuk menggalakkan rakan seiman. Semasa menulis surat, anda dapat memilih kata-kata yang sesuai dan surat tersebut dapat dibaca berkali-kali. Inilah cara yang bagus untuk memberikan kesaksian kepada sanak saudara dan kenalan, termasuk mereka yang sukar dijumpai. Contohnya, seseorang mungkin berminat tetapi dia jarang berada di rumah. Ada juga yang tinggal di apartmen atau kawasan perumahan yang dikawal ketat, atau di tempat yang terpencil. Apakah hal yang harus dipertimbangkan semasa menulis surat kepada orang yang tidak dikenali?

CARANYA:

  • Fikirkan apa yang akan anda katakan jika anda berjumpa dengan orang itu dan tuliskannya. Perkenalkan diri di permulaan surat dan jelaskan sebab anda menulis surat itu. Anda boleh menulis soalan yang dapat menggugah fikirannya dan memberitahu dia tentang laman web kita. Kemudian, jelaskan program pembelajaran Bible, atau sebutkan tajuk bab daripada salah satu bahan untuk pembelajaran Bible. Anda juga boleh memberinya kad JW.ORG, jemputan, atau risalah

  • Tulis surat yang ringkas. Surat anda tidak seharusnya terlalu panjang sehingga penerima berasa penat untuk membacanya.​—Lihat contoh surat

  • Semak surat anda. Pastikan surat anda kemas, bernada positif dan ramah, serta tidak menyinggung perasaan. Letakkan setem yang mencukupi