Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

 HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | MATIUS 20-21

“Jika Sesiapa antara Kamu Ingin Menjadi Besar, Dia Mesti Melayani Kamu”

“Jika Sesiapa antara Kamu Ingin Menjadi Besar, Dia Mesti Melayani Kamu”

20:28

Jurutulis hukum dan orang Farisi yang sombong suka mendapat perhatian orang di tempat awam

Para jurutulis hukum dan orang Farisi menginginkan kemasyhuran dan suka mengagungkan diri. (Mt 23:5-7) Namun, Yesus berbeza. “Anak Manusia tidak datang untuk dilayani, tetapi untuk melayani.” (Mt 20:28) Adakah kita hanya mementingkan tugasan tertentu kerana ingin mendapat pujian dan penghormatan? Jika kita ingin mendapat perkenan Yehuwa, kita harus meniru Yesus dan melayani orang lain. Meskipun orang lain tidak nampak apa yang kita lakukan, Yehuwa memerhatikan usaha kita. (Mt 6:1-4) Seseorang yang rendah hati akan . . .

  • membantu menjaga dan membersihkan Dewan Perjumpaan

  • mengambil inisiatif untuk membantu orang, termasuk mereka yang lanjut usia

  • memberikan sumbangan untuk menyokong kerja-kerja Kerajaan Tuhan