25:1-12

Meskipun perumpamaan Yesus tentang 10 anak dara ditujukan kepada pengikutnya yang terurap, pengajarannya juga dapat diterapkan oleh semua orang Kristian. (w15 15/3 12-16) “Teruslah berjaga-jaga, kerana kamu semua tidak tahu hari atau waktunya.” (Mt 25:13) Dapatkah anda menjelaskan perumpamaan Yesus?

  • Pengantin lelaki (ayat 1)​—Yesus

  • Anak dara yang bijaksana (ayat 2)​—Kaum terurap yang bersedia untuk melaksanakan tugas mereka dengan setia dan yang bersinar seperti cahaya sehingga akhir tiba (Flp 2:15)

  • Seruan: “Itu dia pengantin lelaki!” (ayat 6)​—Bukti tanda kehadiran Yesus

  • Anak dara yang bodoh (ayat 8)​—Orang Kristian terurap yang ingin menyambut kedatangan Pengantin Lelaki tetapi tidak berjaga-jaga dan tidak setia

  • Anak dara yang bijaksana enggan memberikan minyak (ayat 9)​—Selepas menerima meterai terakhir, kaum terurap yang setia tidak dapat membantu mereka yang tidak setia

  • “Pengantin lelaki sampai” (ayat 10)​—Yesus datang untuk membuat penghakiman sebelum kesengsaraan besar berakhir

  • Anak dara yang bijaksana mengikut pengantin lelaki ke majlis perkahwinan, lalu pintu ditutup (ayat 10)​—Yesus mengumpulkan orang Kristian terurap yang setia ke syurga, tetapi mereka yang tidak setia tidak menerima ganjaran