Brosur Siapakah yang Sedang Melakukan Kehendak Yehuwa? telah direka khas untuk digunakan sebelum atau selepas setiap sesi pembelajaran Bible. * Pelajaran 1-4 memperkenalkan pelajar kepada Saksi-Saksi Yehuwa. Pelajaran 5-14 pula menjelaskan kegiatan kita, manakala pelajaran 15-28 membantu pelajar untuk melihat cara organisasi kita berfungsi. Adalah baik untuk mengkaji brosur ini mengikut urutan pelajaran. Namun, jika salah satu pelajaran dalam brosur ini berkaitan dengan topik yang sedang dibincangkan, anda boleh mengkajinya. Setiap pelajaran hanyalah satu muka surat dan dapat dibincangkan dalam masa 5-10 minit.

  • Hala perhatian kepada tajuk pelajaran

  • Baca seluruh pelajaran itu atau bahagian demi bahagian

  • Bincang bahagian yang telah dibaca. Gunakan soalan pada bahagian bawah serta gambar-gambar semasa perbincangan anda. Jika perlu, baca dan huraikan ayat-ayat Bible. Tekankan bahawa tajuk kecil merupakan jawapan kepada tajuk pelajaran

  • Baca kotak “Marilah Belajar” bersama pelajar dan galakkannya untuk menerapkan cadangan yang diberikan

^ per. 3 Edisi brosur ini yang terdapat dalam talian ialah edisi yang terkini.