“Jangan cemburu akan mereka yang berbuat salah”

37:1, 2

  • Biarpun orang jahat nampaknya berjaya dalam kehidupan mereka, janganlah membiarkan hal ini menyimpangkan tumpuan anda daripada ibadat anda kepada Yehuwa. Berfokuslah kepada matlamat dan berkat rohani

‘Percayalah kepada Yehuwa dan buatlah perkara yang baik’

37:3

  • Yakinlah bahawa Yehuwa akan membantu anda mengatasi kekhuatiran dan keraguan yang anda alami. Dia akan membantu anda agar tetap setia

  • Sebarkan berita baik Kerajaan Tuhan dengan giat

‘Carilah kebahagiaan yang datang daripada Yehuwa’

37:4

  • Jadualkan masa untuk membaca dan merenungkan Firman Tuhan. Berusahalah untuk mengenali Yehuwa dengan lebih mendalam

‘Serahkanlah hidupmu kepada Yehuwa’

37:5, 6

  • Percayalah akan bantuan Yehuwa dengan sepenuhnya apabila anda menghadapi sebarang masalah

  • Tunjukkanlah sifat-sifat yang baik apabila berdepan dengan tentangan, penganiayaan, atau fitnah

‘Nantikanlah Yehuwa dengan hati yang tenang, tunggulah dengan sabar’

37:7-9

  • Janganlah terburu-buru membuat keputusan yang dapat menghakis sukacita dan menjejaskan hubungan anda dengan Yehuwa

“Orang yang rendah hati akan mewarisi negeri [“bumi,” NW] ini”

37:10, 11

  • Pupuklah kerendahan hati dan sabar menantikan masanya Yehuwa menyingkirkan segala ketidakadilan yang anda alami

  • Sokonglah rakan seiman; kongsilah janji Tuhan mengenai dunia baru kepada orang yang remuk hati agar mereka mendapat kelegaan

Kerajaan Tuhan akan membawa berkat yang berlimpah-limpah