Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

 KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Tingkatkan Kemahiran Aktiviti Penyebaran—Gunakan Video untuk Mengajar

Tingkatkan Kemahiran Aktiviti Penyebaran—Gunakan Video untuk Mengajar

MENGAPA PENTING:

Menerusi video, orang dapat melihat dan mendengar apa yang ingin disampaikan. Dengan demikian, hati mereka tersentuh. Mereka dapat menumpukan perhatian dan mengingati apa yang dipelajari. Yehuwa juga menggunakan perkara yang dapat dilihat untuk mengajar kita.—Kis 10:9-16; Why 1:1.

Video Adakah Tuhan Mempunyai Nama?, Siapakah Pengarang Bible?, dan Mengapakah Kita Yakin bahawa Kandungan Bible Memang Benar? sesuai digunakan untuk membincangkan pelajaran 2 dan 3 brosur Berita Baik. Video Mengapa Belajar Bible?, Apakah yang Berlaku semasa Pembelajaran Bible?, dan Apakah yang Berlaku di Dewan Perjumpaan? boleh digunakan untuk menggalakkan orang belajar Bible atau menghadiri perjumpaan. Sesetengah video juga sesuai digunakan semasa pembelajaran Bible.—km 5/13 3.

CARANYA:

  • Muat turun video yang ingin anda tunjukkan kepada penghuni rumah

  • Sediakan satu atau dua soalan yang berkaitan dengan video itu

  • Tonton video bersamanya

  • Bincangkan isi-isi penting

CUBALAH:

  • Tunjukkan kod QR untuk video Mengapa Belajar Bible? pada muka belakang risalah

  • Mainkan video Mengapakah Kita Yakin bahawa Kandungan Bible Memang Benar?; tawarkan brosur Berita Baik dan halakan perhatian kepada pelajaran 3