Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

 HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | LUKAS 8-9

Apakah yang Diperlukan untuk Menjadi Pengikut Yesus?

Apakah yang Diperlukan untuk Menjadi Pengikut Yesus?

9:62

Untuk memastikan jalur semaiannya lurus, seorang pembajak tidak boleh asyik memandang ke belakang dan membiarkan tumpuannya terganggu. Begitu juga, seorang Kristian tidak harus membiarkan tumpuannya tersimpang oleh perkara di dunia yang sudah ditinggalkannya.​—Flp 3:13.

Apabila kita mengalami kesusahan, kita mungkin akan terkenang “masa indah” sebelum kita kenal kebenaran. Kita juga cenderung bertumpu kepada hal yang menggembirakan, dan meremehkan masalah yang pernah dihadapi. Itulah yang berlaku kepada orang Israel selepas mereka meninggalkan Mesir. (Bil 11:5, 6) Jika kita terus memikirkan hal sebegini, kita mungkin akan digoda untuk kembali ke haluan hidup kita yang lama. Bukankah lebih baik untuk merenungkan berkat yang sedang kita nikmati dan bertumpu kepada harapan Kerajaan Tuhan?​—2Ko 4:16-18.