3:4

  • Pakaian dan penampilan Yohanes menunjukkan dia hidup sederhana. Dia mengabdikan diri untuk melakukan kehendak Tuhan

  • Yohanes mempunyai peluang istimewa untuk membuka jalan bagi Yesus. Hal ini lebih bernilai daripada apa-apa pengorbanan yang telah dilakukannya

Hidup yang sederhana membolehkan kita meluaskan khidmat dan menikmati kepuasan. Kita boleh menyederhanakan hidup dengan . . .

  • mengenal pasti keperluan asas kita

  • mengelakkan belanja untuk benda yang tidak perlu

  • menyediakan bajet yang sesuai

  • tidak menyimpan barangan yang tidak digunakan

  • melangsaikan semua hutang

  • mempunyai pandangan yang seimbang terhadap pekerjaan sekular

Makanan Yohanes ialah belalang dan madu hutan

Apakah matlamat yang dapat saya capai jika saya hidup sederhana?