Bible sudah menubuatkan bahawa Syaitan akan menganiaya kita untuk menghentikan kerja penyebaran. (Yoh 15:20; Why 12:17) Bagaimanakah kita dapat membantu rakan seiman yang dianiaya di tempat lain? Kita boleh berdoa untuk mereka. Bible berkata, “Doa yang sungguh-sungguh daripada orang yang melakukan apa yang benar sangat berkesan.”Yak 5:16.

Apakah yang boleh kita doakan? Kita boleh memohon agar Yehuwa membantu mereka menjadi berani dan mengatasi perasaan takut. (Yes 41:10-13) Kita juga boleh berdoa agar pihak berkuasa tidak melarang kerja penyebaran kita. Dengan demikian, “kita dapat terus menjalani kehidupan yang tenang dan tenteram.”1Ti 2:1, 2.

Semasa Paulus dan Petrus dianiaya, orang Kristian pada abad pertama menyebut nama mereka apabila berdoa. (Kis 12:5; Rm 15:30, 31) Barangkali kita tidak mengetahui nama saudara saudari yang mengalami penganiayaan. Tetapi, bolehkah kita menyebut nama sidang, kawasan, atau negara mereka semasa berdoa?

Adakah anda ingin berdoa untuk saudara saudari yang sedang dianiaya di negara atau kawasan tertentu? Senaraikan tempat-tempat itu.