MENARA PENGAWAL

Soalan: Pernahkah anda mendengar kata-kata ini?

Ayat: Yoh 3:16

Cara Menawarkan: Majalah ini menjelaskan manfaat penderitaan dan kematian Yesus bagi anda.

MENARA PENGAWAL (muka belakang)

Soalan: Apakah pendapat anda mengenai soalan ini? [Baca soalan pertama.] Sesetengah orang percaya bahawa selepas seseorang mati, sesuatu dalam badan akan terus hidup. Yang lain pula berasa bahawa kematian ialah akhir segala-galanya. Apa pendapat anda?

Ayat: Pkh 9:5

Cara Menawarkan: Rencana ini menjelaskan ajaran Bible tentang hal ini. Anda boleh baca dahulu dan lain kali, kita boleh bincang lagi.

BERITA BAIK DARIPADA TUHAN!

Cara Menawarkan: Saya datang untuk memberitahu anda tentang aturan pembelajaran Bible secara percuma. Brosur ini menunjukkan cara untuk mendapatkan jawapan daripada Bible anda bagi soalan-soalan yang penting.

Soalan: Pernahkah anda membaca Bible? Pelajaran dalam brosur ini mudah. Boleh saya tunjukkan kepada anda? [Bincangkan soalan 1 dalam pelajaran 2.]

Ayat: Why 4:11

TULISKAN PENYAMPAIAN ANDA

Gunakan contoh penyampaian yang disediakan untuk menghasilkan penyampaian anda sendiri.