Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

 KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Terus Menunggu dengan Tabah

Terus Menunggu dengan Tabah

Berapa lamakah anda telah menunggu kedatangan Kerajaan Tuhan? Adakah anda mengharungi kesusahan hidup dengan tabah? (Rm 8:25) Sesetengah orang Kristian dibenci, dilayan dengan teruk, dipenjarakan, dan bahkan ada yang diancam maut. Yang lain pula menghidapi penyakit serius atau mengalami kesusahan akibat usia yang meningkat.

Apakah yang dapat membantu kita untuk terus menunggu dengan tabah? Kita mesti menguatkan iman kita dengan membaca dan merenungkan Bible setiap hari, dan bertumpu kepada harapan kita. (2Ko 4:16-18; Ibr 12:2) Selain itu, kita mesti berdoa kepada Yehuwa dan memohon kuasa suci-Nya. (Lu 11:10, 13; Ibr 5:7) Bapa kita yang pengasih akan membantu kita untuk terus bertabah “menempuh segala sesuatu dengan sabar dan sukacita.”​—Kol 1:11.

SILA LIHAT VIDEO KITA MESTI “BERLARI DENGAN TABAH”​—YAKINLAH ANDA AKAN MENERIMA HADIAH. KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:

  • Apakah “kejadian yang tidak terduga” yang boleh berlaku dalam hidup kita? (Pkh 9:11)

  • Bagaimanakah doa dapat membantu kita semasa menghadapi kesusahan?

  • Walaupun kita tidak dapat bergiat seperti dahulu dalam khidmat Yehuwa, mengapakah kita harus berfokus untuk melakukan apa yang terdaya?

  • Bertumpulah kepada hadiah anda

    Apakah yang membantu anda untuk tetap yakin bahawa anda akan menerima hadiah yang dijanjikan?