Yesus menggunakan perumpamaan tentang gandum dan lalang untuk menunjukkan bagaimana dan bila dia akan mengumpulkan orang Kristian terurap yang tergolong sebagai “gandum.” Kerja menabur bermula pada 33 M.

13:24

‘Seorang lelaki menabur benih yang baik di ladangnya’

  • Penabur: Yesus Kristus

  • Benih baik ditabur: Pengikut Yesus diurapi dengan kuasa suci Tuhan

  • Ladang: Umat manusia di bumi

13:25

“Semasa semua orang tidur, musuhnya datang dan menabur benih lalang”

  • Musuh: Si Iblis

  • Semua orang tidur: Kematian para rasul

13:30

“Biarlah kedua-duanya tumbuh bersama sehingga musim menuai”

  • Gandum: Orang Kristian terurap

  • Lalang: Orang Kristian palsu

“Kumpulkan lalang terlebih dahulu . . . Selepas itu kumpulkan gandum”

  • Hamba/​penuai: Malaikat

  • Lalang dikumpulkan: Orang Kristian palsu dipisahkan daripada orang Kristian terurap

  • Dikumpulkan ke dalam jelapang: Orang Kristian terurap dikumpulkan ke dalam sidang yang dimurnikan

Semasa musim menuai, apakah yang membezakan orang Kristian sejati daripada orang Kristian palsu?

Apakah yang saya pelajari daripada perumpamaan ini?