Di Yesaya bab 65, Yehuwa berjanji untuk menciptakan langit dan bumi yang baharu. Dalam bahasa Ibrani, ayat-ayat dalam bab ini menunjukkan bahawa janji Yehuwa itu seolah-olah sudah menjadi kenyataan. Hal ini membuktikan bahawa janji-Nya pasti akan ditunaikan.

Yehuwa akan menciptakan langit dan bumi yang baharu. Peristiwa-peristiwa yang lalu akan dilupakan

65:17

Apa itu langit baharu?

  • Sebuah kerajaan yang akan membawa kemakmuran di bumi

  • Kerajaan ini diasaskan pada tahun 1914, semasa Kristus ditabalkan sebagai Raja Kerajaan Tuhan

Apa itu bumi baharu?

  • Masyarakat manusia yang terdiri daripada pelbagai bangsa, bahasa, dan kaum. Mereka rela tunduk kepada pemerintahan Kerajaan Tuhan

Apakah yang dimaksudkan dengan ungkapan “peristiwa-peristiwa yang lalu akan dilupakan”?

  • Perkara yang menyebabkan kita menderita secara fizikal, mental, dan emosi, akan dilenyapkan

  • Manusia yang setia akan menikmati kehidupan dengan sepenuhnya. Mereka dapat mengenang peristiwa-peristiwa yang manis setiap hari