Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

 KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Tingkatkan Kemahiran Aktiviti Penyebaran​—Bantu “Orang yang Memiliki Sikap yang Diperlukan” Menjadi Pengikut Yesus

Tingkatkan Kemahiran Aktiviti Penyebaran​—Bantu “Orang yang Memiliki Sikap yang Diperlukan” Menjadi Pengikut Yesus

MENGAPA PENTING: Yehuwalah yang menyebabkan benih kebenaran bertumbuh dalam hati “orang yang memiliki sikap yang diperlukan untuk menerima kehidupan kekal.” (Kis 13:48; 1Ko 3:7) Dengan menumpukan usaha untuk mencari orang yang sudi menerapkan nasihat Bible, kita sedang bekerja bersama Yehuwa. (1Ko 9:26) Pelajar Bible perlu sedar bahawa pembaptisan ialah syarat untuk memperoleh penyelamatan. (1Pt 3:21) Kita dapat membimbing mereka menjadi pengikut Yesus dengan membantu mereka membuat perubahan yang diperlukan, menyertai kerja menginjil dan mengajar, dan membaktikan diri kepada Yehuwa.​—Mt 28:19, 20.

CARANYA:

  • Ingatkan pelajar tentang tujuan pembelajaran Bible, iaitu untuk mengenali Yehuwa dan menyenangkan hati-Nya.​—Yoh 17:3

  • Bantu mereka buat kemajuan dan mengatasi cabaran seperti tabiat dan pergaulan yang buruk

  • Terus menguatkan dan menggalakkan mereka sebelum dan selepas mereka dibaptis.​—Kis 14:22

SILA LIHAT VIDEO TUHAN YEHUWA AKAN MEMBANTU KAMU. KEMUDIAN, JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:

  • Apakah yang mungkin menghalang seseorang daripada membaktikan diri dan dibaptis?

  • Bagaimanakah para penatua dapat membantu pelajar Bible membuat kemajuan?

  • Apakah yang kita pelajari tentang Yehuwa di Yesaya 41:10?

  • Walaupun kita tidak sempurna, apakah sifat yang harus kita tunjukkan agar ibadat kita diterima Yehuwa?

Bagaimanakah kita dapat bekerja bersama Yehuwa dalam aktiviti penyebaran?