Kerelaan hati Yesaya memang patut ditiru. Walaupun dia tidak tahu semua perincian mengenai tugasan yang diberikan, dia beriman dan tidak teragak-agak untuk melakukannya. (Yes 6:8) Dapatkah anda membuat penyesuaian untuk berkhidmat di kawasan yang memerlukan bantuan? (Mz 110:3) Sudah tentu kita perlu ‘mengira perbelanjaan’ sebelum membuat apa-apa keputusan. (Lu 14:27, 28) Namun, kita perlu rela membuat pengorbanan demi kerja penyebaran. (Mt 8:20; Mr 10:28-30) Seperti dalam video Berpindah ke Tempat yang Memerlukan Bantuan, Yehuwa pasti memberkati kita dengan melimpah atas pengorbanan kita.

SELEPAS MENONTON VIDEO, JAWABLAH SOALAN-SOALAN BERIKUT:

  • Apakah pengorbanan yang dibuat oleh keluarga Williams agar dapat berpindah dan berkhidmat di Ecuador?

  • Semasa memilih kawasan di mana mereka akan berkhidmat, apakah beberapa perkara yang dipertimbangkan mereka?

  • Apakah berkat yang dinikmati mereka?

  • Dari manakah anda boleh mendapatkan maklumat jika anda ingin berpindah ke tempat yang memerlukan bantuan?

BINCANGKAN SOALAN-SOALAN BERIKUT SEMASA PENYEMBAHAN KELUARGA ANDA YANG SETERUSNYA:

  • Bagaimanakah kita dapat meluaskan khidmat kita sebagai sebuah keluarga? (km 8/11 4-6)

  • Jika kita tidak dapat berpindah ke tempat yang memerlukan bantuan, apakah yang boleh kita lakukan untuk membantu sidang kita? (w16.03 23-25)