Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

 KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Sambutlah Mereka dengan Ramah

Sambutlah Mereka dengan Ramah

Kita harus menyambut semua orang yang menghadiri perjumpaan kita, sama ada orang baharu mahupun orang yang kita kenali. (Rm 15:7; Ibr 13:2) Barangkali, rakan seiman dari negara lain melawat sidang kita, ataupun mereka yang sudah lama tidak aktif datang ke perjumpaan. Bayangkan jika anda berada dalam situasi mereka. Anda pasti ingin agar orang lain menyambut anda dengan mesra. (Mt 7:12) Jadi, berusahalah untuk menyambut semua orang serta bergaul dengan mereka sebelum dan selepas perjumpaan. Hal ini dapat memuliakan Yehuwa serta mewujudkan suasana yang mesra. (Mt 5:16) Kita mungkin tidak dapat bercakap dengan semua orang. Namun jika kita semua berusaha, orang lain pasti merasai kasih kita. *

Kita tidak hanya menyambut orang dengan ramah semasa acara yang istimewa, seperti sambutan Peringatan. Sebaliknya, kita harus bersikap mesra pada setiap masa. Jika kita saling mengasihi, orang baharu mungkin tergerak untuk memuji Yehuwa dan menyertai ibadat sejati.Yoh 13:35.

^ per. 3 Menurut Bible, kita tidak patut mengucapkan salam kepada orang yang telah menyisihkan diri atau disingkirkan dari sidang.1Ko 5:11; 2Yo 10.