Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan

Bacalah buku ini untuk mengetahui kisah hidup Yesus seperti yang tercatat di dalam Bible.

PENGENALAN

Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan

Kata-kata dan perbuatan Yesus yang tercatat dalam buku Injil boleh mengubah hidup anda.

BAB 1

Dua Perkhabaran daripada Tuhan

Malaikat Gabriel menyampaikan perkhabaran yang sukar dipercayai.

BAB 2

Yesus Dimuliakan Sebelum Lahir

Bagaimanakah Elisabet dan bayi dalam rahimnya memuliakan Yesus?

BAB 3

Kelahiran Yohanes Pembaptis

Sebaik sahaja Zakharia bercakap semula, dia bernubuat.

BAB 4

Maria Hamil tetapi Belum Berkahwin

Adakah Yusuf mempercayai Maria apabila Maria mengatakan bahawa dia hamil kerana kuasa suci Tuhan, dan bukan kerana lelaki lain?

BAB 5

Kelahiran Yesus—Bila dan Di Mana?

Bagaimanakah kita tahu bahawa Yesus tidak dilahirkan pada 25 Disember?

BAB 6

Anak yang Telah Dijanjikan

Apabila Yusuf dan Maria membawa Yesus ke Rumah Tuhan, dua orang bernubuat tentang masa depan Yesus.

BAB 7

Ahli Nujum Melawat Yesus

Mengapakah bintang yang dilihat oleh ahli-ahli nujum itu memimpin mereka kepada Raja Herodes yang ingin membunuh Yesus?

BAB 8

Mereka Lari daripada Pemerintah Jahat

Tiga nubuat Bible tentang Mesias menjadi kenyataan.

BAB 9

Membesar di Nasaret

Yesus mempunyai berapa orang adik?

BAB 10

Keluarga Yesus Pergi ke Yerusalem

Yusuf dan Maria mencari Yesus, tetapi Yesus hairan kerana mereka tidak tahu di mana dia berada.

BAB 11

Tugas Penting Yohanes Pembaptis

Apabila orang Farisi dan Saduki datang kepada Yohanes, dia mengutuk mereka. Mengapa?

BAB 12

Yesus Dibaptis

Mengapakah Yesus dibaptis meskipun dia tidak berdosa?

BAB 13

Contohi Cara Yesus Melawan Godaan

Kisah tentang Yesus digoda membuktikan dua hal tentang Iblis.

BAB 14

Murid-Murid Yesus yang Pertama

Apakah yang meyakinkan enam orang pengikut Yesus bahawa Yesus ialah Mesias?

BAB 15

Mukjizat Yesus yang Pertama

Yesus membantu ibunya faham bahawa tindakannya dipimpin oleh Bapanya yang di syurga.

BAB 16

Semangat Yesus terhadap Ibadat Sejati

Hukum Tuhan membenarkan orang membeli binatang di Yerusalem sebagai korban. Jadi mengapakah Yesus marah dengan para penjual di Rumah Tuhan?

BAB 17

Dia Mengajar Nikodemus pada Waktu Malam

Apakah erti “dilahirkan semula”?

BAB 18

Murid Yesus Bertambah, Murid Yohanes Berkurang

Murid-murid Yohanes Pembaptis cemburu, meskipun Yohanes tidak.

BAB 19

Yesus Mengajar Seorang Wanita Samaria

Yesus memberitahu wanita Samaria sesuatu yang istimewa.

BAB 20

Mukjizat yang Kedua di Kana

Yesus menyembuhkan anak seorang pegawai dari jarak sejauh kira-kira 26 km.

BAB 21

Yesus di Rumah Ibadat di Nasaret

Apakah yang dikatakan oleh Yesus sehingga mereka marah dan mahu membunuhnya?

BAB 22

Empat Orang Murid Menjadi Penjala Manusia

Yesus menjemput empat orang muridnya untuk menjala manusia.

BAB 23

Yesus Melakukan Mukjizat di Kapernaum

Apabila Yesus mengusir roh-roh jahat, dia melarang mereka memberitahu orang bahawa dia ialah Anak Tuhan. Mengapa?

BAB 24

Meluaskan Kerja Penyebaran di Galilea

Orang datang kepada Yesus agar disembuhkan, tetapi Yesus menjelaskan bahawa dia diutus ke bumi untuk kerja yang lebih penting.

BAB 25

Menyembuhkan Seorang Pesakit Kusta

Tindakan Yesus menunjukkan bahawa dia benar-benar prihatin terhadap orang yang menderita.

BAB 26

“Dosamu Sudah Diampunkan”

Apakah kaitan antara dosa dan penyakit?

BAB 27

Matius Menjadi Murid Yesus

Mengapakah Yesus makan bersama orang yang hidup dalam dosa?

BAB 28

Mengapakah Murid-Murid Yesus Tidak Berpuasa?

Yesus menggunakan perumpamaan tentang kirbat untuk menjawab pertanyaan murid-murid Yohanes.

BAB 29

Melakukan Mukjizat pada Hari Sabat

Mengapakah orang Yahudi menganiaya Yesus atas mukjizat yang dilakukannya?

BAB 30

Yesus ialah Anak Tuhan

Orang Yahudi menyangka bahawa Yesus menyamakan dirinya dengan Tuhan, tetapi Yesus menjelaskan bahawa Tuhan ialah Bapanya.

BAB 31

Memetik Bulir Gandum pada Hari Sabat

Mengapakah Yesus mengatakan bahawa dia ialah “Tuan yang berkuasa atas hari Sabat”?

BAB 32

Apakah yang Boleh Dilakukan pada Hari Sabat?

Biasanya orang Saduki bermusuhan dengan orang Farisi, tetapi mereka bersatu untuk menentang Yesus.

BAB 33

Nubuat Yesaya Menjadi Kenyataan

Mengapakah Yesus menyuruh orang yang disembuhkan supaya tidak memberitahu orang lain tentangnya?

BAB 34

Yesus Memilih 12 Orang Rasul

Apakah perbezaan rasul dan murid?

BAB 35

Ceramah Di Atas Gunung

Bacalah penjelasan bagi ceramah Yesus yang terkenal.

BAB 36

Pegawai Tentera yang Beriman

Apakah yang dilakukan oleh seorang pegawai tentera yang membuat Yesus kagum?

BAB 37

Yesus Membangkitkan Anak Seorang Balu

Orang memahami erti penting di sebalik mukjizat Yesus.

BAB 38

Yohanes Meminta Kepastian daripada Yesus

Mengapakah Yohanes bertanya sama ada Yesus ialah Mesias atau tidak? Adakah dia ragu-ragu?

BAB 39

Generasi yang Jahat Dikutuk

Yesus berkata bahawa pada Hari Penghakiman, penduduk Kapernaum akan menanggung hukuman yang lebih berat daripada tanah Sodom.

BAB 40

Yesus Mengajar Orang tentang Pengampunan

Yesus memaafkan dosa seorang pelacur. Adakah hal ini bererti kita boleh melanggar hukum Tuhan?

BAB 41

Mukjizat—Dengan Kuasa daripada Siapa?

Adik-adik lelaki Yesus sangka dia sudah gila.

BAB 42

Yesus Menegur Orang Farisi

Apakah itu “tanda Nabi Yunus”?

BAB 43

Perumpamaan tentang Kerajaan di Syurga

Yesus menceritakan lapan perumpamaan untuk menjelaskan pelbagai aspek kerajaan di syurga.

BAB 44

Yesus Meredakan Ribut

Yesus meredakan ribut dan ombak. Hal ini menggambarkan keadaan hidup di bawah pemerintahannya.

BAB 45

Berkuasa atas Roh-Roh Jahat

Bolehkah seseorang dirasuk oleh roh-roh jahat?

BAB 46

Sembuh setelah Menyentuh Jubah Yesus

Dalam kisah ini, Yesus menunjukkan bahawa dia berkuasa dan berbelas kasihan.

BAB 47

Gadis Kecil Hidup Semula!

Orang ketawa apabila Yesus berkata bahawa anak yang sudah mati itu sedang tidur. Mengapakah dia berkata demikian?

BAB 48

Melakukan Mukjizat, tetapi Tidak Dihormati Bahkan di Nasaret

Penduduk Nasaret menolak Yesus. Mengapa?

BAB 49

Menginjil di Galilea dan Melatih Para Rasul

Apakah maksud ungkapan ‘Kerajaan Tuhan sudah dekat’?

BAB 50

Menginjil dengan Bersemangat meskipun Ditentang

Yesus memberitahu para rasul bahawa mereka tidak perlu takut apabila ditentang. Jadi mengapakah dia menyuruh mereka untuk melarikan diri?

BAB 51

Dibunuh semasa Hari Jadi Herodes

Tarian Salome membuat Herodes begitu gembira sehingga dia berjanji untuk menunaikan permintaan Salome. Apakah permintaan itu?

BAB 52

Memberikan Makanan kepada Ribuan Orang

Mukjizat Yesus begitu menakjubkan sehingga Matius, Markus, Lukas, dan Yohanes mencatatkannya.

BAB 53

Raja yang Dapat Mengawal Unsur Alam

Apakah pengajaran yang diperoleh para rasul apabila Yesus berjalan di atas air dan meredakan ribut?

BAB 54

Yesus—“Roti yang Turun dari Syurga”

Mengapakah Yesus menegur orang yang datang dari seberang tasik untuk mencarinya?

BAB 55

Kata-Kata Yesus Mengejutkan Banyak Orang

Kata-kata Yesus mengejutkan para pendengarnya, dan ramai orang tidak mengikutnya lagi.

BAB 56

Apakah yang Menajiskan Seseorang?

Yang menajiskan orang bukan apa yang masuk ke dalam mulut, tetapi apa yang keluar daripada mulut.

BAB 57

Yesus Menyembuhkan Seorang Gadis dan Seorang Lelaki Pekak

Mengapakah seorang wanita tidak marah apabila Yesus berkata bahawa bangsanya seperti anak-anak anjing?

BAB 58

Memberikan Roti dan Amaran tentang Ragi

Akhirnya murid-murid Yesus faham apa yang dimaksudkannya apabila dia bercakap tentang “ragi orang Farisi dan Saduki.”

BAB 59

Siapakah Itu Anak Manusia?

Apakah itu kunci-kunci Kerajaan Tuhan? Siapakah yang menggunakannya, dan bagaimana?

BAB 60

Kristus dalam Cahaya Kemuliaan

Mengapakah rupa Yesus berubah? Apakah erti kejadian ini?

BAB 61

Yesus Menyembuhkan Seorang Budak yang Dirasuk

Yesus berkata bahawa seorang budak lelaki tidak dapat disembuhkan kerana iman yang tidak teguh. Iman siapakah yang tidak teguh?

BAB 62

Pengajaran Penting tentang Kerendahan Hati

Orang dewasa belajar sesuatu yang penting daripada anak kecil.

BAB 63

Yesus Memberikan Lebih Banyak Nasihat

Dia menyatakan tiga langkah untuk menangani masalah yang timbul antara saudara saudari.

BAB 64

Pentingnya Mengampuni Orang

Dengan menggunakan perumpamaan seorang hamba, Yesus menunjukkan bahawa Tuhan mahu kita mengampuni orang lain.

BAB 65

Mengajar semasa dalam Perjalanan ke Yerusalem

Yesus menyebut tentang sikap buruk yang menghalang orang menjadi pengikutnya.

BAB 66

Menyambut Perayaan Pondok Daun di Yerusalem

Mengapakah sebilangan orang berkata bahawa Yesus dirasuk roh jahat?

BAB 67

“Belum Pernah Seseorang Bercakap seperti Dia”

Hampir seluruh Majlis Orang Yahudi menentang Yesus, tetapi salah seorang daripada mereka mempertahankannya.

BAB 68

Anak Tuhan ialah “Cahaya Dunia”

Yesus berkata bahawa kebenaran akan membebaskan orang. Mereka akan dibebaskan daripada apa?

BAB 69

Bapa Mereka ialah Abraham atau Si Iblis?

Yesus menunjukkan siapa Bapanya dan cara mengenal pasti anak-anak Abraham.

BAB 70

Yesus Menyembuhkan Seorang Lelaki yang Dilahirkan Buta

Murid-murid Yesus ingin tahu mengapa lelaki ini buta. Adakah kerana dia atau ibu bapanya berdosa?

BAB 71

Orang Farisi Menyoal Lelaki yang Dahulunya Buta

Hujah logik seorang lelaki yang dahulunya buta membuat orang Farisi marah. Mereka pun membuangnya dari rumah ibadat.

BAB 72

Yesus Mengutus 70 Orang Murid untuk Menginjil

Di Yudea, Yesus mengutus 70 orang muridnya untuk menginjil tentang Kerajaan Tuhan. Mereka menginjil di rumah ibadat atau rumah orang?

BAB 73

Perumpamaan tentang Lelaki Samaria

Apakah pengajaran penting yang dapat kita pelajari daripada perumpamaan tentang lelaki Samaria?

BAB 74

Pengajaran tentang Keramahan dan Doa

Yesus pergi ke rumah Maria dan Marta. Apakah pengajaran penting yang diberikannya? Kemudian apakah yang dikatakannya tentang doa?

BAB 75

Yesus Menyingkapkan Rahsia Kebahagiaan

Yesus bercakap tentang “jari Tuhan,” cara untuk meraih kebahagiaan sejati, dan tentang orang yang tidak sedar bahawa Kerajaan Tuhan sudah ada bersama mereka.

BAB 76

Makan Bersama Orang Farisi

Yesus mendedahkan sikap munafik yang ditunjukkan oleh para jurutulis hukum dan orang Farisi. Bagaimanakah mereka membebani orang?

BAB 77

Yesus Memberikan Nasihat tentang Kekayaan

Yesus memberikan perumpamaan tentang seorang lelaki kaya yang membina gudang yang lebih besar. Apakah amaran yang diberikannya tentang sikap suka mengejar kekayaan?

BAB 78

Hamba yang Setia Sentiasa Berjaga-jaga!

Yesus prihatin terhadap kerohanian murid-muridnya. Apakah tugas hamba yang setia? Mengapakah mereka perlu sentiasa berjaga-jaga?

BAB 79

Orang Yahudi yang Tidak Beriman Akan Dimusnahkan

Yesus berkata bahawa orang Yahudi akan dimusnahkan jika mereka enggan bertaubat. Adakah mereka akan menerima ajaran Yesus?

BAB 80

Gembala yang Baik dan Kandang Biri-Biri

Perumpamaan tentang gembala dan kawanan biri-biri menggambarkan perasaan Yesus terhadap murid-muridnya. Adakah mereka akan mengikut ajaran dan pimpinannya?

BAB 81

Yesus dan Bapa Satu—Apakah Maksudnya?

Sesetengah orang menuduh Yesus menyamakan dirinya dengan Tuhan. Bagaimanakah Yesus menyangkal tuduhan mereka?

BAB 82

Yesus Menginjil di Perea

Yesus menyatakan cara untuk meraih penyelamatan. Nasihatnya penting bagi kita hari ini.

BAB 83

Siapakah yang Dijemput oleh Tuhan?

Semasa di rumah seorang Farisi, Yesus memberikan perumpamaan tentang jamuan malam yang besar. Dia mengajarkan satu perkara penting kepada semua umat Tuhan. Apakah perkara itu?

BAB 84

Tanggungjawab sebagai Murid Kristus

Menjadi murid Yesus ialah tanggungjawab yang serius. Yesus menyatakan apa yang harus dilakukan oleh pengikutnya.

BAB 85

Bersukacita apabila Seorang Pendosa Bertaubat

Para jurutulis hukum dan orang Farisi mengkritik Yesus kerana bergaul dengan orang biasa. Yesus mengajar mereka tentang pandangan Tuhan terhadap pendosa.

BAB 86

Anak yang Sesat Kembali

Apakah pengajaran yang kita peroleh daripada perumpamaan tentang anak yang sesat?

BAB 87

Merancang Masa Depan dengan Bijaksana

Yesus menggunakan perumpamaan tentang hamba yang tidak jujur untuk mengajarkan suatu perkara yang penting.

BAB 88

Keadaan Lelaki Kaya dan Lazarus Berubah

Untuk memahami perumpamaan Yesus, kita perlu mengenal pasti identiti dua watak utamanya.

BAB 89

Mengajar di Perea semasa dalam Perjalanan ke Yudea

Yesus menonjolkan satu sifat yang membantu kita mengampuni orang yang sering berbuat salah terhadap kita.

BAB 90

“Akulah Pembangkitan dan Kehidupan”

Apakah yang dimaksudkan oleh Yesus apabila dia berkata bahawa orang yang beriman kepadanya “tidak akan mati selama-lamanya”?

BAB 91

Lazarus Dibangkitkan

Terdapat dua sebab mengapa para penentang Yesus tidak patut mempersoalkan kesahihan mukjizat ini.

BAB 92

Hanya Seorang Pesakit Kusta yang Bersyukur

Seorang pesakit kusta yang disembuhkan bukan sahaja bersyukur kepada Yesus, tetapi dia juga bersyukur kepada Tuhan.

BAB 93

Anak Manusia Akan Disingkapkan

Mengapakah kedatangan Kristus seperti kilat?

BAB 94

Doa dan Sikap Rendah Hati Amat Penting

Dalam perumpamaan tentang balu yang tidak putus asa, Yesus menekankan pentingnya berdoa dengan tekun.

BAB 95

Ajaran tentang Perceraian dan Kerendahan Hati

Yesus amat mengasihi kanak-kanak. Mengapa?

BAB 96

Yesus Menjawab Soalan Seorang Pemimpin yang Kaya

Mengapakah Yesus berkata, “Lebih mudah bagi seekor unta memasuki lubang jarum daripada orang yang kaya memasuki Kerajaan Tuhan”?

BAB 97

Perumpamaan tentang Pekerja Ladang Anggur

Bagaimanakah yang pertama menjadi yang terakhir, dan yang terakhir menjadi yang pertama?

BAB 98

Para Rasul Masih Mementingkan Kedudukan

Yakobus dan Yohanes meminta kedudukan istimewa dalam Kerajaan Tuhan. Para rasul lain juga mementingkan kedudukan.

BAB 99

Yesus Menyembuhkan Orang Buta dan Membantu Zakheus

Terdapat catatan yang berbeza tentang kisah Yesus menyembuhkan lelaki buta di Yerikho. Adakah catatan-catatan ini bercanggah?

BAB 100

Perumpamaan tentang 10 Mina

Apakah yang dimaksudkan oleh Yesus semasa dia berkata, “Bagi setiap orang yang mempunyai sesuatu, dia akan diberi lebih banyak”?

BAB 101

Makan di Rumah Simon di Betania

Maria melakukan sesuatu yang menimbulkan kekecohan, tetapi Yesus mempertahankannya.

BAB 102

Raja Memasuki Yerusalem dengan Menunggang Keldai

Nubuat Bible yang ditulis lima ratus tahun dahulu menjadi kenyataan.

BAB 103

Rumah Tuhan Disucikan Sekali Lagi

Para penjual di Yerusalem nampaknya sedang menolong orang dengan menjual binatang, tetapi mengapakah Yesus memanggil mereka sebagai perompak?

BAB 104

Adakah Orang Yahudi Akan Beriman kepada Tuhan?

Yesus menunjukkan bahawa iman perlu ditunjukkan melalui perbuatan, bukan sekadar melalui kata-kata.

BAB 105

Pokok Ara dan Pengajaran tentang Iman

Yesus memberikan pengajaran tentang iman dan menjelaskan mengapa Tuhan menolak bangsa Israel.

BAB 106

Dua Perumpamaan tentang Ladang Anggur

Ketahuilah erti perumpamaan tentang dua orang anak dan perumpamaan tentang para peladang yang jahat.

BAB 107

Raja Menjemput Orang ke Majlis Perkahwinan

Perumpamaan Yesus sebenarnya merupakan sebuah nubuat.

BAB 108

Yesus Menggagalkan Usaha Musuhnya

Yesus membungkam orang Farisi dan orang Saduki yang bersubahat untuk memerangkapnya.

BAB 109

Yesus Mendedahkan Kemunafikan Penentangnya

Mengapakah Yesus menentang ajaran orang Farisi?

BAB 110

Hari Terakhir Yesus di Rumah Tuhan

Yesus memberikan pengajaran yang penting melalui teladan balu yang miskin.

BAB 111

Para Rasul Meminta Tanda

Nubuat Yesus menjadi kenyataan pada abad pertama. Adakah nubuatnya juga akan terjadi pada skala yang lebih besar pada masa depan?

BAB 112

Perumpamaan 10 Anak Dara dan Sikap Berjaga-jaga

Adakah Yesus memaksudkan bahawa separuh pengikutnya bijaksana, dan separuh lagi bodoh?

BAB 113

Perumpamaan Talenta dan Sikap Rajin Berusaha

Yesus menjelaskan erti ungkapan “bagi setiap orang yang mempunyai sesuatu, dia akan diberi lebih banyak supaya dia memilikinya dengan melimpah.”

BAB 114

Raja Yesus Memisahkan Bebiri daripada Kambing

Yesus menjelaskan dasar penghakiman menerusi perumpamaan tentang bebiri dan kambing.

BAB 115

Yesus Merayakan Paska Buat Kali Terakhir

Para pemimpin agama bersetuju untuk membayar 30 keping wang perak kepada Yudas. Apakah makna di sebalik angka ini?

BAB 116

Mengajar Sikap Rendah Hati semasa Perayaan Paska

Dia mengejutkan para rasul dengan mencuci kaki mereka.

BAB 117

Perjamuan Malam Tuan

Yesus mengasaskan sambutan peringatan yang harus dirayakan oleh para pengikutnya pada 14 Nisan setiap tahun.

BAB 118

Pertengkaran tentang Siapa yang Terbesar

Para rasul sudah melupakan ajaran Yesus tentang sikap rendah hati.

BAB 119

Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan

Yesus mengajar kita cara untuk mendekati Tuhan.

BAB 120

Menghasilkan Buah dan Menjadi Sahabat Yesus

Bagaimanakah murid-murid Yesus dapat “menghasilkan buah”?

BAB 121

“Teguhkanlah Hati Kamu! Aku Sudah Menakluki Dunia”

Apakah yang dimaksudkan oleh Yesus apabila dia berkata, “Aku sudah menakluki dunia”?

BAB 122

Doa Terakhir Yesus di Bilik Tingkat Atas

Yesus menjelaskan bahawa dia melakukan sesuatu yang jauh lebih penting daripada menyelamatkan umat manusia.

BAB 123

Berdoa sewaktu Sangat Tertekan

Mengapakah Yesus merayu Tuhan agar menjauhkan “cawan ini” daripadanya? Adakah dia tidak mahu mati dan menjadi Penebus manusia?

BAB 124

Kristus Dikhianati dan Ditangkap

Yudas dapat mencari Yesus meskipun Taman Getsemani sangat gelap.

BAB 125

Yesus Dibawa kepada Hanas dan Kemudiannya kepada Kayafas

Perbicaraan Yesus yang tidak adil.

BAB 126

Petrus Menyangkal Yesus di Rumah Kayafas

Iman Petrus sangat teguh, jadi mengapakah dia menyangkal Yesus?

BAB 127

Dibicarakan Sekali Lagi lalu Dibawa kepada Pilatus

Para pemimpin agama Yahudi menunjukkan niat sebenar mereka.

BAB 128

Didapati Tidak Bersalah oleh Pilatus dan Herodes

Mengapakah Pilatus menghantar Yesus kepada Herodes untuk dihakimi? Adakah Pilatus tidak berkuasa untuk menghakimi Yesus?

BAB 129

Pilatus Berkata, “Lihatlah Lelaki Ini!”

Pilatus kagum dengan sikap Yesus.

BAB 130

Yesus Dihukum Mati

Mengapakah Yesus menyuruh para wanita untuk menangisi diri sendiri dan anak-anak mereka?

BAB 131

Yesus Dipakukan pada Tiang Seksaan

Yesus berjanji kepada seorang perompak bahawa dia akan hidup di dalam bumi Firdaus.

BAB 132

“Lelaki Ini Sememangnya Anak Tuhan”

Seluruh bumi menjadi gelap, bumi bergoncang, dan tirai di Rumah Tuhan yang terkoyak, membuktikan sesuatu yang sangat penting.

BAB 133

Yesus Dimakamkan

Mengapakah mayat Yesus harus dimakamkan sebelum matahari terbenam?

BAB 134

Yesus Dihidupkan Semula!

Selepas Yesus dibangkitkan, dia menampakkan diri kepada seorang wanita, dan bukannya kepada para rasul.

BAB 135

Yesus Menampakkan Diri kepada Banyak Orang

Bagaimanakah Yesus membuktikan bahawa dia telah dibangkitkan?

BAB 136

Di Tepi Tasik Galilea

Sebanyak tiga kali, Petrus diingatkan tentang cara dia dapat membuktikan kasihnya kepada Yesus.

BAB 137

Ratusan Orang Nampak Yesus Sebelum Pentakosta

Selepas dia dibangkitkan dan sebelum dia diangkat ke langit, Yesus berulang kali memberitahu pengikutnya bahawa mereka akan menerima kuasa suci Tuhan dan mereka akan menginjil.

BAB 138

Kristus di Sebelah Kanan Tuhan

Apakah yang dilakukan oleh Yesus sementara dia menunggu arahan untuk melenyapkan musuhnya?

BAB 139

Yesus Menjadikan Bumi Sebuah Firdaus

Ada banyak perkara yang harus dilakukan oleh Yesus sebelum dia mengembalikan Kerajaan Tuhan kepada Bapanya.

Contohilah Yesus

Sepanjang hidupnya di bumi, Yesus selalu menunjukkan lapan sikap yang baik.

Senarai Ayat Bible

Gunakan senarai ini untuk mengetahui bab yang membincangkan ayat-ayat Bible tertentu.

Senarai Perumpamaan

Belajar lebih banyak tentang perumpamaan Yesus di bab yang berkenaan.

Nubuat-Nubuat tentang Mesias

Peristiwa dalam hidup Yesus dan nubuat Bible yang membuktikan bahawa dia ialah Mesias. Belajar lebih banyak dengan membaca bab-bab dalam buku ini.

Tempat Tinggal dan Tempat Yesus Menginjil

Peta ini menunjukkan tempat Yesus menginjil.