1 SEMASA SESEORANG MATI, KEHIDUPANNYA BERAKHIR

“Orang yang telah mati tidak tahu apa-apa pun.”Pengkhutbah 9:5

Apakah yang berlaku kepada kita selepas kita mati?

2 YEHUWA TIDAK MENCIPTAKAN MANUSIA UNTUK MATI

“Engkau dilarang makan buah daripada pokok pengetahuan tentang apa yang baik dan apa yang jahat, kerana jika engkau memakannya, pada hari itu juga engkau akan mati.”Kejadian 2:17, NW

Mengapakah kita mati?

  • Kejadian 3:1-6

    Syaitan berbohong tentang apa yang akan berlaku kepada Hawa jika dia mengingkari perintah Tuhan. Semasa Adam dan Hawa mengingkari Yehuwa, mereka berdosa dan akhirnya mati.

  • Kejadian 3:19

    Selepas Adam mati, dia tidak wujud lagi.

  • Roma 5:12

    Dosa adalah seperti penyakit teruk yang kita warisi daripada ibu bapa pertama kita. Kita semua dilahirkan sebagai pendosa, dan itulah sebabnya kita mati.

  • 1 Korintus 15:26

    Bible memanggil kematian sebagai musuh.

3 KEBENARAN TENTANG KEMATIAN MEMBEBASKAN KITA

“Jika manusia mati, dapatkah mereka hidup lagi? Tetapi aku akan terus menunggu, sehingga masa kesusahanku berlalu.”Ayub 14:14

Setelah mengetahui kebenaran tentang kematian, bagaimanakah kita dibebaskan daripada pandangan yang salah?

  • 1 Yohanes 4:8

    Ajaran tentang neraka berapi menghina Yehuwa. Dia tidak akan sekali-kali membuat orang menderita sedemikian.

  • Wahyu 4:11

    Ramai orang takut akan orang yang telah mati lalu menyembah mereka, bukannya Yehuwa. Yehuwa ialah Tuhan yang benar, dan kita harus menyembah-Nya sahaja.