Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

 SOALAN 5

Apakah yang Harus Saya Lakukan jika Saya Dibuli di Sekolah?

Apakah yang Harus Saya Lakukan jika Saya Dibuli di Sekolah?

MENGAPA PENTING

Reaksi anda dapat meredakan atau memburukkan keadaan.

APAKAH YANG AKAN ANDA LAKUKAN?

Bayangkan situasi ini: Tiga bulan lalu, rakan sekelas Thomas menyebarkan gosip tentangnya. Jadi dia enggan pergi ke sekolah, baik hari ini, esok, mahupun selama-lamanya. Mereka bukan sahaja mengejek-ejek Thomas, malah melakukan sesuatu untuk mengganggunya. Misalnya, mereka sengaja melanggarnya supaya buku-buku yang dipegangnya jatuh. Ada kalanya mereka datang beramai-ramai, dan salah seorang budak akan menolak Thomas. Apabila dia menoleh, dia tidak tahu siapa yang melakukannya. Semalam, keadaan menjadi lebih teruk lagi apabila Thomas diugut menerusi Internet . . .

Jika anda ialah Thomas, apakah reaksi anda?

FIKIRLAH SEJENAK!

Sebenarnya, anda dapat melakukan sesuatu untuk mengatasi masalah ini! Bagaimana?

  •   JANGAN LAYAN MEREKA. “Orang bodoh menunjukkan kemarahan dengan terang-terang, tetapi orang bijak bersabar dan menahan kemarahan.” (Amsal 29:11) Jika anda tetap tenang, pembuli akan berhenti mengganggu anda.

  • JANGAN MEMBALAS. Bible berkata, “Janganlah membalas kejahatan dengan kejahatan.” (Roma 12:17) Jika anda membalas, keadaan akan menjadi semakin rumit.

  • ELAKKAN SITUASI YANG BERBAHAYA. “Orang bijak mengelakkan bahaya apabila melihatnya.” (Amsal 22:3) Jika boleh, elakkanlah daripada orang yang akan menimbulkan masalah, atau situasi yang memberi si pembuli peluang untuk mengganggu anda.

  • BALAS DENGAN LAWAK JENAKA. Menurut Bible: “Jawapan yang lembut meredakan kemarahan.” (Amsal 15:1) Anda boleh mengatakan sesuatu yang lucu. Misalnya, jika si pembuli mengatakan bahawa anda terlalu gemuk, anda boleh senyum dan menjawab, “Ya betul, saya macam perlu diet kan?”

  • BEREDAR DARI SITU. Nora, yang berusia 19 tahun, berkata, “Dengan berdiam diri, kamu menunjukkan kamu matang dan jauh lebih kuat daripada dia. Kamu mempunyai kawalan diri, sifat yang tidak dimiliki si pembuli.”​—2 Timotius 2:24.

  • PUPUKLAH KEYAKINAN DIRI. Pembuli suka mengganggu orang yang berpandangan negatif terhadap diri sendiri kerana mereka tidak membalas apabila dibuli. Tetapi, jika anda mempunyai keyakinan diri, mungkin mereka tidak akan mengganggu anda.

  • BERITAHULAH SESEORANG MASALAH ANDA. Seorang bekas guru memberikan nasihat ini: “Mangsa buli harus bersuara kerana itulah perkara yang sepatutnya dilakukan. Tindakan anda dapat melindungi orang lain daripada menjadi mangsa gejala ini.”

Keyakinan diri dapat membantu anda menjadi lebih kuat daripada si pembuli