Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

 PELAJARAN 16

Positif dan Membina

Positif dan Membina

Ayub 16:5

RINGKASAN: Bertumpu kepada hal-hal yang dapat menyelesaikan masalah dan membangkitkan semangat.

CARA MELAKUKANNYA:

  • Pupuk pandangan positif terhadap pendengar. Percayalah bahawa rakan seiman anda ingin menggembirakan Yehuwa. Biarpun anda perlu memberikan teguran, berikanlah pujian yang ikhlas terlebih dahulu setiap kali anda berpeluang berbuat demikian.

  • Kurangkan bahan yang negatif. Gunakan maklumat yang negatif hanya apabila perlu. Keseluruhan penyampaian anda harus bernada positif.

  • Gunakan Firman Tuhan dengan baik. Halakan perhatian kepada perkara yang sudah, sedang, dan akan dilakukan oleh Yehuwa demi manusia. Galakkan dan kuatkan pendengar.