Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

 PELAJARAN 11

Penyampaian yang Bersemangat

Penyampaian yang Bersemangat

Roma 12:11

RINGKASAN: Penyampaian yang bersemangat dapat merangsang dan mendorong pendengar anda.

CARA MELAKUKANNYA:

  • Biar hati anda tersentuh. Semasa bersedia untuk memberikan penyampaian, fikirkan secara mendalam sebabnya mesej anda penting. Kenali bahan anda dengan begitu baik, sehingga anda dapat mengucapkannya dari hati.

  • Fikirkan pendengar anda. Renungkan bagaimana bahan yang akan anda bacakan atau ajarkan dapat membawa manfaat kepada orang lain. Fikirkan cara penyampaian yang dapat membantu pendengar lebih menghargai maklumat yang dihuraikan.

  • Hidupkan penyampaian anda. Bercakap dengan semangat yang membara. Gunakan gerak tubuh dan raut muka yang ikhlas untuk menunjukkan perasaan anda.