Kanada

Dari rumah ke rumah

Pembelajaran Bible

Pembelajaran peribadi

Istilah “perintis” selalunya merujuk kepada orang yang mula-mula menjelajahi kawasan baru dan membuka jalan bagi orang lain. Yesus seperti seorang perintis. Dia diutus ke bumi untuk menginjil dan membuka jalan bagi kita memperoleh penyelamatan. (Matius 20:28) Hari ini, orang Kristian meniru Yesus dengan meluangkan sebanyak masa yang mungkin dalam kerja menjadikan orang pengikutnya. (Matius 28:19, 20) Ada yang bahkan menceburi khidmat perintis.

Perintis ialah penginjil sepenuh masa. Semua Saksi-Saksi Yehuwa ialah penyiar berita baik. Namun, ada yang telah merancang hidup mereka agar dapat berkhidmat sebagai perintis biasa. Mereka mungkin bekerja secara sambilan supaya dapat meluangkan 70 jam setiap bulan untuk menginjil. Ada yang dipilih untuk berkhidmat sebagai perintis khas di kawasan yang memerlukan lebih banyak penyebar Kerajaan Tuhan. Mereka menghabiskan 130 jam atau lebih setiap bulan untuk menginjil. Para perintis berpuas hati dengan kehidupan sederhana dan yakin bahawa Yehuwa akan memenuhi keperluan mereka. (Matius 6:31-33; 1 Timotius 6:6-8) Mereka yang tidak dapat merintis sepenuh masa boleh menjadi perintis sokongan. Apabila keadaan mengizinkan, mereka menggiatkan usaha dan meluangkan 30 atau 50 jam sebulan untuk menginjil.

Perintis didorong oleh kasih kepada Tuhan dan manusia. Seperti Yesus, kita sedar bahawa dewasa ini, ramai orang dibelenggu kegelapan rohani. (Markus 6:34) Tetapi kita memiliki pengetahuan yang dapat membantu mereka sekarang dan memberi harapan masa depan yang kukuh. Kasih kepada manusia mendorong seorang perintis untuk mengorbankan masa dan tenaganya bagi membantu orang lain secara rohani. (Matius 22:39; 1 Tesalonika 2:8) Hasilnya, imannya dikuatkan, hubungannya dengan Tuhan lebih erat, dan dia dilimpahi sukacita.Kisah 20:35.

  • Apakah itu perintis?

  • Apakah yang mendorong sesetengah orang untuk merintis sepenuh masa?