Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Surat daripada Badan Pimpinan

Surat daripada Badan Pimpinan

Kepada Semua yang Mengasihi Yehuwa,

“Kamu akan mengetahui kebenaran, dan kebenaran itu akan memerdekakan kamu,” kata Yesus. (Yohanes 8:32, ABB, nota kaki) Tidakkah kata-kata ini membangkitkan semangat anda? Ya, walaupun kita hidup pada “hari-hari terakhir” yang mana penipuan dan pembohongan berleluasa, kita dapat mengetahui kebenaran. (2 Timotius 3:1) Adakah anda masih ingat perasaan anda semasa anda sedar akan kebenaran yang terkandung dalam Firman Tuhan? Pengalaman itu tentu sukar dilupakan!

Walaupun kita perlu menimba pengetahuan yang tepat tentang kebenaran dan menyebarkan kebenaran kepada orang lain, kita juga mesti hidup selaras dengan kebenaran ini. Untuk berbuat demikian, kita mesti sentiasa berada di bawah naungan kasih Tuhan. Bagaimanakah kita dapat melakukan hal ini? Pada malam sebelum kematiannya, Yesus memberitahu hawari-hawarinya yang setia, ‘Jika kamu mentaati perintahku, aku akan tetap mengasihi kamu, seperti Bapa tetap mengasihi aku kerana aku mentaati perintah-Nya.’—Yohanes 15:10, ABB.

Perhatikan bahawa Yesus dapat terus berada di bawah naungan kasih Tuhan kerana dia mematuhi perintah-perintah Bapanya. Dalam cara yang sama, jika kita ingin terus berada di bawah naungan kasih Tuhan, kita mesti hidup selaras dengan kebenaran. Pada malam yang sama, Yesus berkata, “Jika kamu mengetahui hal ini, berbahagialah kamu jika kamu melakukannya.”—Yohanes 13:17, ABB.

Semoga buku ini membantu anda untuk mengamalkan kebenaran dalam kehidupan seharian anda. Dengan demikian, anda dapat terus ‘hidup di bawah naungan kasih Tuhan sementara menantikan hidup sejati dan kekal.’—Yudas 21.

Badan Pimpinan Saksi-Saksi Yehuwa