Tuhan bercakap kepada kita menerusi Bible. 2 Timotius 3:16

Tuhan yang benar menyuruh manusia untuk menulis fikiran-Nya dalam sebuah buku suci. Buku itu ialah Bible. Tuhan ingin anda mengetahui maklumat yang penting dalam Bible.

Tuhan tahu apa yang paling baik bagi kita kerana Dia sangat bijaksana. Jika anda mendengar cakap-Nya, anda akan menjadi orang yang bijaksana.​—Amsal 1:5.

Tuhan ingin semua orang di bumi membaca Bible. Kini, Bible disediakan dalam banyak bahasa.

Jika anda ingin mendengar cakap Tuhan, anda mesti membaca dan memahami Bible.

 Orang di merata tempat sedang mendengar cakap Tuhan. Matius 28:19

Saksi-Saksi Yehuwa dapat membantu anda memahami Bible.

Mereka mengajarkan kebenaran tentang Tuhan di seluruh bumi.

Anda dapat belajar secara percuma. Anda juga boleh belajar tentang Tuhan di Dewan Perjumpaan Saksi-Saksi Yehuwa yang berdekatan.