Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

 CERITA 13

Abraham—Sahabat Tuhan

Abraham—Sahabat Tuhan

SALAH satu tempat yang didiami orang selepas Banjir ialah Ur. Tempat ini telah menjadi sebuah kota yang penting. Terdapat rumah-rumah yang cantik di kota ini. Tetapi, seperti apa yang dilakukan oleh penduduk Babel, penduduk kota ini juga menyembah tuhan-tuhan yang palsu. Penduduk-penduduk Babel dan Ur tidak menyembah Yehuwa. Tetapi, Nuh dan anaknya, Sem tetap menyembah Yehuwa dan berkhidmat kepada-Nya.

Kemudian, 350 tahun selepas banjir berlaku, Nuh telah meninggal. Dua tahun selepas Nuh meninggal, lelaki yang adik nampak dalam gambar ini telah dilahirkan. Dalam pandangan Tuhan, dia ialah seorang lelaki yang sangat istimewa. Namanya Abraham. Dia tinggal bersama-sama keluarganya di kota Ur.

Pada suatu hari, Yehuwa memberitahu Abraham, “Tinggalkan Ur dan sanak saudaramu; pergilah ke negeri yang akan Aku tunjukkan kepadamu.” Adakah Abraham mendengar perintah Tuhan? Adakah dia meninggalkan Ur serta kehidupannya yang selesa? Ya, dia telah mengikut kata-kata Tuhan. Oleh sebab Abraham selalu mendengar kata-kata Tuhan, dia dipanggil sahabat Tuhan.

Semasa Abraham meninggalkan Ur, sesetengah ahli keluarga Abraham telah mengikutnya. Antara ahli keluarga Abraham yang telah mengikutnya ialah bapanya Terah, dan anak buahnya, Lot. Isteri Abraham, Sara pasti telah mengikutnya juga. Tidak lama kemudian, mereka sampai di suatu tempat yang dipanggil Haran. Di sana, Terah mati. Pada masa itu, mereka sudah berada jauh dari Ur.

Tidak lama kemudian, Abraham dan keluarganya meninggalkan Haran dan tiba di sebuah tempat yang dipanggil Kanaan. Di sana, Yehuwa memberitahunya, “Inilah kawasan yang akan Aku berikan kepada keturunanmu.” Abraham hidup dalam khemah di Kanaan.

Dengan bantuan Tuhan, Abraham memperoleh kawanan biri-biri, binatang lain yang banyak, serta beratus-ratus orang hamba. Tetapi, dia dan Sara tidak mempunyai seorang anak kandung pun.

Semasa Abraham berumur 99 tahun, Yehuwa berkata kepadanya, “Aku berjanji bahawa engkau akan menjadi bapa kepada banyak bangsa.” Tetapi, oleh sebab Abraham dan Sara sudah terlalu tua untuk melahirkan anak sendiri, bagaimanakah janji ini akan ditunaikan?