1. Adakah hanya terdapat satu agama yang benar?

“Waspadalah terhadap nabi palsu.”MATIUS 7:15.

Yesus mengajarkan satu agama sahaja kepada pengikutnya, iaitu agama benar. Agama benar seperti jalan yang menghala ke hidup abadi. “Hanya sedikit orang yang mendapati jalan itu,” kata Yesus. (Matius 7:14) Tuhan hanya menerima ibadat yang berdasarkan kebenaran Bible. Semua penyembah yang sejati disatukan dalam satu iman.Baca Yohanes 4:23, 24; 14:6; Efesus 4:5.

2. Apakah yang dikatakan oleh Yesus tentang agama Kristian palsu?

‘Mereka mengaku mengenal Tuhan, tetapi perbuatan mereka tidak membuktikannya.’TITUS 1:16.

Yesus memberikan amaran bahawa nabi-nabi palsu akan mencemarkan agama Kristian. Mereka kelihatan seperti penyembah yang sejati. Pengikut mereka mengaku diri sebagai orang Kristian. Tetapi anda boleh tahu bahawa mereka bukan orang Kristian yang sejati. Bagaimana? Dengan memperhatikan sifat dan tingkah laku mereka.Baca Matius 7:14-23.

3. Bagaimanakah anda dapat mengenal pasti penyembah agama sejati?

Pertimbangkan lima tanda berikut:

  • Penyembah sejati menghormati Bible sebagai Firman Tuhan. Mereka berusaha untuk hidup mengikut prinsip Bible. Jadi agama benar berbeza daripada agama lain yang didasarkan pada pendapat manusia. (Matius 15:7-9) Penyembah sejati hidup selaras dengan apa yang diajarkan oleh mereka.Baca Yohanes 17:17; 2 Timotius 3:16, 17.

  •   Pengikut Yesus yang sejati menghormati nama Tuhan, Yehuwa. Yesus menghormati nama Tuhan dengan memberitakannya kepada orang lain. Yesus membantu orang mengenali Tuhan dan mengajar mereka berdoa agar nama Tuhan disucikan. (Matius 6:9) Di kawasan anda, agama manakah yang memberitakan nama Tuhan?Baca Yohanes 17:26; Roma 10:13, 14.

  • Orang Kristian yang sejati memberitakan Kerajaan Tuhan. Tuhan mengutus Yesus untuk menyebarkan berita baik tentang Kerajaan-Nya. Kerajaan Tuhan ialah satu-satunya harapan manusia. Yesus terus memberitakan kerajaan ini hingga hari kematiannya. (Lukas 4:43; 8:1; 23:42, 43) Dia berkata bahawa pengikutnya juga akan memberitakan Kerajaan Tuhan. Jika seseorang mengunjungi anda untuk bercakap tentang Kerajaan Tuhan, kemungkinan besar orang itu penganut agama apa?Baca Matius 24:14.

  • Pengikut Yesus bukan sebahagian daripada dunia jahat ini. Anda dapat mengenali mereka kerana mereka tidak menyertai kegiatan politik atau pertikaian sosial. (Yohanes 17:16; 18:36) Mereka juga tidak meniru amalan dan sikap buruk dunia ini.Baca Yakobus 4:4.

  • Orang Kristian sejati mengasihi satu sama lain. Melalui Firman Tuhan, mereka belajar menghormati orang dari pelbagai bangsa. Penganut agama palsu menyokong peperangan yang berlaku antara negara, tetapi penyembah agama sejati enggan berbuat demikian. (Mikha 4:1-3) Sebaliknya, orang Kristian sejati tidak mementingkan diri. Mereka menggunakan masa, tenaga, dan harta benda sendiri untuk saling membantu dan menggalakkan.Baca Yohanes 13:34, 35; 1 Yohanes 4:20.

4. Dapatkah anda mengenal pasti agama yang benar?

Agama manakah yang mendasarkan semua ajarannya pada Firman Tuhan, menghormati nama Tuhan, dan memberitakan Kerajaan Tuhan sebagai satu-satunya harapan manusia? Kumpulan manakah yang menunjukkan kasih sejati dan menjauhi perang? Apakah pendapat anda?Baca 1 Yohanes 3:10-12.