Bahagian ini mengajar kita tentang orang muda, nabi-nabi, dan raja-raja, yang beriman kepada Yehuwa. Seorang gadis Israel di Siria percaya bahawa nabi Yehuwa dapat menyembuhkan Naaman. Nabi Elisa yakin bahawa Yehuwa akan melindunginya daripada tentera musuh. Imam Agung Yehoyada bergadai nyawa untuk melindungi Yehoas yang masih muda daripada Atalya, nenek Yehoas yang jahat. Raja Hizkia yakin bahawa Yehuwa pasti melindungi Yerusalem. Dia tidak menyerah apabila diancam orang Assyria. Raja Yosia menghapuskan penyembahan berhala dan memulihkan Rumah Yehuwa. Dia juga membimbing rakyat untuk mengamalkan ibadat sejati semula.