Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

 CERITA 31

Yosua dan Orang Gibeon

Yosua dan Orang Gibeon

Berita tentang Yerikho tersebar di Kanaan. Jadi raja-raja Kanaan berpakat untuk melawan orang Israel. Tetapi orang Gibeon mempunyai rancangan yang lain. Mereka memakai pakaian dan kasut yang lama lalu berjumpa dengan Yosua. Mereka berkata, “Kami datang dari jauh. Kami telah mendengar tentang Yehuwa. Kami tahu apa yang sudah dilakukan-Nya di Mesir dan Moab. Berjanjilah untuk tidak menyerang kami, dan kami akan menjadi hamba kamu.”

Yosua bersetuju dengan mereka. Tetapi, tiga hari kemudian, Yosua sedar bahawa mereka sebenarnya dari Gibeon, iaitu suatu tempat di Kanaan. Jadi Yosua berkata kepada mereka, “Mengapakah kamu berbohong?” Mereka menjawab, “Kami sangat takut! Kami tahu Yehuwa, Tuhan kamu, berperang untuk kamu. Janganlah bunuh kami.” Yosua menepati janjinya dan membiarkan mereka hidup.

Tidak lama kemudian, lima orang raja Kanaan dan askar-askar mereka mengancam orang Gibeon. Maka Yosua dan askar-askarnya segera pergi untuk menyelamatkan mereka.  Pada keesokan pagi, peperangan itu bermula. Tiba-tiba, orang Kanaan keliru dan mula berlari lintang-pukang. Kemudian, Yehuwa menurunkan hujan batu yang besar ke atas mereka. Selepas itu, Yosua meminta supaya Yehuwa menyebabkan matahari berhenti bergerak. Walaupun hal itu belum pernah terjadi, dia percaya bahawa Yehuwa dapat melakukannya. Matahari pun berhenti sehingga orang Israel berjaya mengalahkan raja-raja Kanaan dan askar mereka.

“Katakan ‘Ya’ semasa kamu bermaksud ya, dan katakan ‘Tidak’ semasa kamu bermaksud tidak, kerana kata-kata yang selebihnya berasal daripada Si Jahat.”​—Matius 5:37