Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Pengenalan kepada Bahagian 2

Pengenalan kepada Bahagian 2

Mengapakah Yehuwa mendatangkan banjir untuk memusnahkan dunia pada masa itu? Sejak permulaan sejarah manusia, terdapat persengketaan antara kebaikan dengan kejahatan. Ada yang memilih untuk berbuat jahat, misalnya, Adam, Hawa, dan anak mereka, Kain. Tetapi, orang seperti Habel dan Nuh memilih untuk berbuat baik. Pada kemudian hari, semakin banyak orang menjadi jahat. Akhirnya, Tuhan memusnahkan mereka. Dalam bahagian ini, kita akan belajar bahawa Yehuwa melihat semuanya, sama ada kita memilih untuk berbuat baik atau jahat. Dia juga tidak akan membiarkan kejahatan mengalahkan kebaikan.

DALAM BAHAGIAN INI

CERITA 3

Adam dan Hawa Tidak Mentaati Tuhan

Apakah perkara yang istimewa tentang salah satu pokok di Taman Eden? Mengapakah Hawa memakan buah daripada pokok itu?

CERITA 4

Kemarahan Membawa Padah

Tuhan menerima korban Habel, tetapi Dia menolak korban Kain. Apabila Kain mengetahui tentang hal ini, dia marah dan melakukan hal yang jahat.

CERITA 5

Bahtera Nuh

Apabila malaikat yang jahat mengahwini wanita di bumi, anak-anak mereka menjadi gergasi yang suka menindas orang. Kejahatan berlaku di merata tempat. Tetapi Nuh berbeza kerana dia mengasihi dan mentaati Tuhan.

CERITA 6

Lapan Orang Terselamat

Hujan turun selama 40 hari dan 40 malam. Nuh dan keluarganya berada di dalam bahtera selama lebih daripada setahun. Akhirnya, Yehuwa menyuruh mereka untuk keluar.