Yesus mengajar tentang Kerajaan Tuhan. Dia juga mengajar orang untuk berdoa tentang hal ini: Nama Tuhan disucikan, Kerajaan-Nya datang, dan kehendak-Nya berlaku di bumi. Ibu bapa, jelaskanlah kepada anak anda erti serta manfaat doa ini. Yesus tidak membiarkan Syaitan mematahkan kesetiaannya. Yesus memilih rasul-rasulnya. Mereka ialah kumpulan pertama yang dijemput untuk menjadi anggota Kerajaan Tuhan. Mereka memiliki peranan penting dalam Kerajaan ini. Perhatikan semangat Yesus yang membara untuk ibadat sejati. Dia menyembuhkan orang, memberikan makanan kepada mereka, dan membangkitkan orang. Semua ini menunjukkan hal-hal yang akan dilakukan oleh Kerajaan Tuhan kelak.