Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

 CERITA 70

Malaikat Mengumumkan Kelahiran Yesus

Malaikat Mengumumkan Kelahiran Yesus

Pemerintah Roma, iaitu Kaisar Agustus, memerintahkan agar semua orang Yahudi kembali ke tempat asal mereka untuk mendaftarkan diri. Maka Yusuf dan Maria berangkat ke Betlehem, kampung halaman Yusuf. Ketika itu, masanya sudah hampir tiba bagi Maria untuk bersalin.

Di Betlehem, mereka tidak dapat mencari tempat tinggal. Jadi, mereka pun bermalam di sebuah kandang. Di situlah Maria melahirkan anaknya Yesus. Dia membalut Yesus dengan kain dan meletakkannya di dalam sebuah palung.

Tidak jauh dari Betlehem, terdapat para gembala yang sedang menjaga bebiri di padang pada waktu malam. Tiba-tiba, satu malaikat berdiri di hadapan mereka, dan kemuliaan Yehuwa memancar di sekeliling mereka. Mereka sangat takut, tetapi malaikat itu berkata, “Jangan takut. Saya ada berita baik. Hari ini, Mesias telah lahir di Betlehem.” Kemudian,  banyak malaikat muncul di langit sambil berkata, “Terpujilah Tuhan di syurga, dan semoga orang di bumi mendapat kedamaian.” Kemudian, para malaikat tidak kelihatan lagi. Apakah reaksi para gembala?

Mereka berkata, “Marilah kita pergi ke Betlehem.” Mereka pergi dengan segera lalu menjumpai Maria, Yusuf, dan Yesus yang baru dilahirkan, di sebuah kandang.

Semua orang berasa hairan apabila gembala-gembala itu memberitahu mereka tentang apa yang dikatakan oleh para malaikat. Maria berfikir dengan mendalam tentang apa yang telah dikatakan mereka, dan dia tidak melupakannya. Kemudian, semua gembala itu pulang sambil mengucapkan syukur kepada Tuhan.

“Aku diutus oleh Tuhan ke sini. Aku tidak datang dengan kehendakku sendiri, tetapi Dialah yang mengutus aku.”​—Yohanes 8:42