Yehuwa ialah Raja Yang Maha Tinggi. Dia memiliki kuasa atas segala-galanya. Contohnya, Dia menyelamatkan Yeremia daripada maut. Dia menyelamatkan Sadrakh, Mesakh, dan Abednego, yang dibuang ke dalam relau api, serta Daniel daripada terkaman singa. Yehuwa juga melindungi Ester agar dia dapat menyelamatkan bangsanya. Tuhan tidak akan membenarkan kejahatan berterusan selama-lamanya. Nubuat-nubuat tentang patung dan pokok yang besar merupakan janji bahawa Kerajaan Yehuwa akan memerintah bumi dan melenyapkan semua kejahatan.