Adakah Bible sebuah buku . . .

  • tentang ilmu manusia?

  • tentang cerita dongeng?

  • daripada Tuhan?

 JAWAPAN BIBLE

‘Alkitab diilhami [atau, diberikan] oleh Tuhan.’2 Timotius 3:16, Alkitab Berita Baik.

BIBLE MEMBANTU ANDA

Mendapat jawapan kepada soalan-soalan yang penting dalam hidup.Amsal 2:1-5.

Memiliki panduan hidup yang boleh dipercayai.Mazmur 119:105.

Mempunyai harapan sejati untuk masa depan.Roma 15:4.

 BOLEHKAH KITA MEMPERCAYAI BIBLE?

Boleh. Mari kita lihat tiga sebab berikut:

  • Isinya selaras dan harmoni. Kerja menulis Bible memakan masa lebih daripada 1,600 tahun. Kira-kira 40 orang menulisnya dan ada di antara mereka yang tidak pernah bertemu. Biarpun begitu, seluruh Bible adalah selaras dan menjunjung nama Tuhan serta pemerintahan-Nya!

  • Catatan sejarah yang jujur. Ahli sejarah selalunya menutupi kegagalan bangsa mereka. Tetapi penulis Bible jujur. Mereka mencatatkan kesilapan bangsa sendiri, serta menulis tentang kelemahan sendiri.2 Tawarikh 36:15, 16; Mazmur 51:3-6.

  • Ramalan yang tepat. Lebih daripada 700 tahun sebelum nubuat ini digenapi, Bible menubuatkan bahawa Mesias yang dijanjikan itu akan dilahirkan di Betlehem, sebuah bandar kecil di Yehuda. (Mikha 5:1) Jadi, di manakah Yesus dilahirkan? Ya, di bandar Betlehem!Matius 2:1-6.

    Banyak ramalan Bible yang lain juga terjadi dengan tepat sekali. Hal ini tidak luar biasa kerana Bible ialah Firman Tuhan.2 Petrus 1:21.

 CUBA FIKIRKAN

Bagaimanakah Bible membantu anda menjalani hidup yang lebih baik?

Bible memberikan jawapannya di YESAYA 48:17, 18 dan 2 TIMOTIUS 3:16, 17.