Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

 SOALAN 1

Siapakah Tuhan?

“Hendaklah orang tahu bahawa Engkau, yang bernama Yehuwa, ialah satu-satunya Tuhan Yang Maha Tinggi di seluruh bumi.”

Mazmur 83:18

“Akuilah bahawa Yehuwa ialah Tuhan. Dialah yang menciptakan kita, dan kita merupakan milik-Nya.”

Mazmur 100:3

“Aku ialah Yehuwa, itulah nama-Ku. Aku tidak akan memberikan kemuliaan-Ku kepada sesiapa pun atau menyerahkan pujian-Ku kepada patung-patung berhala.”

Yesaya 42:8

“Semua orang yang menyeru nama Yehuwa akan diselamatkan.”

Roma 10:13

“Sudah tentu setiap rumah dibina oleh seseorang, tetapi Tuhanlah yang membina segala sesuatu.”

Ibrani 3:4

 “Pandanglah ke langit dan perhatikanlah. Siapakah yang menciptakan bintang-bintang? Tuhan memimpin bintang seperti pasukan tentera; Dia menghitung bintang satu demi satu dan memanggil nama setiap bintang. Oleh sebab Dia sangat berkuasa dan amat bertenaga, tiada satu bintang pun yang hilang.”

Yesaya 40:26