Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

 SOALAN 10

Apakah Janji Bible tentang Masa Depan?

“Orang yang melakukan apa yang benar akan memiliki bumi, dan mereka akan mendiaminya selama-lamanya.”

Mazmur 37:29

“Bumi kekal buat selama-lamanya.”

Pengkhutbah 1:4

“Dia akan melenyapkan kematian buat selama-lamanya. Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, akan menghapuskan air mata daripada setiap wajah.”

Yesaya 25:8

“Pada masa itu, mata orang yang buta akan dapat melihat, dan telinga orang yang tuli akan dapat mendengar. Pada masa itu, orang yang tempang akan melompat seperti rusa, dan orang yang bisu akan berseru dengan gembira. Air akan memancar di padang belantara, dan sungai-sungai akan mengalir di padang gurun.”

Yesaya 35:5, 6

“Dia akan menyapu semua air mata mereka, dan kematian tidak akan ada lagi. Ratapan, tangisan, dan kesakitan pun tidak akan ada lagi. Perkara-perkara yang lama sudah lenyap.”

Wahyu 21:4

 “Orang akan membina rumah dan mendiaminya; mereka akan mengusahakan ladang anggur dan memakan hasilnya. Rumah yang dibina oleh mereka tidak akan didiami oleh orang lain, dan apa yang ditanam oleh mereka tidak akan dimakan oleh orang lain. Umur umat-Ku akan sepanjang umur pokok, dan umat pilihan-Ku akan menikmati hasil kerja mereka dengan sepuas-puasnya.”

Yesaya 65:21, 22