Surat daripada Yudas 1:1-25

  • Salam (1, 2)

  • Guru palsu pasti dihakimi (3-16)

    • Mikhael bertikai dengan Iblis (9)

    • Nubuat Henokh (14, 15)

  • Tetap berada di bawah naungan kasih Tuhan (17-23)

  • Tuhan dimuliakan (24, 25)

 Yudas, seorang hamba kepada Yesus Kristus dan saudara kandung kepada Yakobus,+ menulis surat ini kepada mereka yang dipanggil+ dan dikasihi oleh Tuhan, Bapa kita, dan yang dijaga kerana mereka milik Yesus Kristus:+  Semoga kamu dikurniai belas kasihan, kedamaian, dan kasih yang melimpah.  Saudara-saudara yang dikasihi, pada mulanya aku teringin sekali menulis tentang penyelamatan yang kita kongsi bersama.+ Namun sekarang, aku berasa bahawa aku perlu menulis kepada kamu untuk memberikan nasihat berikut: Kamu harus berjuang dengan bersungguh-sungguh demi kepercayaan+ yang diberikan sekali untuk selama-lamanya kepada umat suci Tuhan.  Aku berbuat demikian kerana sesetengah orang sudah menyelinap ke dalam kalangan kamu. Sejak dahulu lagi, Ayat-Ayat Suci sudah menubuatkan bahawa orang sedemikian akan dihukum. Mereka tidak menghormati Tuhan kita dan menjadikan kebaikan hati-Nya yang unggul sebagai alasan untuk melakukan perbuatan yang buruk tanpa rasa malu.*+ Mereka tidak setia kepada satu-satunya pemilik dan Tuan kita, Yesus Kristus.+  Meskipun kamu memang mengetahui semua ini, aku mahu memberikan peringatan berikut kepada kamu: Walaupun Yehuwa* pernah menyelamatkan umat-Nya dari Mesir,+ Dia kemudiannya membinasakan mereka yang tidak menunjukkan iman.+  Dia juga membelenggu malaikat-malaikat yang meninggalkan tugas asal dan tempat tinggal mereka.+ Malaikat-malaikat itu dibelenggu dalam kegelapan yang pekat dengan rantai yang kekal, sehingga hari besar untuk menghakimi mereka tiba.+  Begitu juga, penduduk Sodom dan Gomora serta kota-kota di sekitarnya asyik menjerumuskan diri dalam perbuatan seks yang tidak bermoral* dan memuaskan keinginan tubuh yang salah.+ Kota-kota itu dan penduduknya telah dihukum dengan api yang kekal dan hal itu menjadi amaran bagi kita.+  Namun begitu, orang yang menyelinap ke dalam kalangan kamu itu juga sangat suka berkhayal. Mereka menajiskan tubuh orang lain, memandang hina terhadap pemerintah, dan mencela orang yang dimuliakan oleh Tuhan.+  Semasa ketua malaikat,+ iaitu Mikhael,+ bertikai dengan Iblis tentang mayat Musa,+ dia tidak berani menggunakan kata-kata hinaan untuk menghakimi Iblis.+ Dia cuma berkata, “Biarlah Yehuwa* yang menegur kamu.”+ 10  Namun mereka menghina semua perkara yang sebenarnya tidak difahami oleh mereka.+ Tetapi bagi semua perkara yang difahami oleh mereka, mereka memahaminya secara naluri seperti binatang yang tidak berakal.+ Mereka terus melakukan perkara-perkara itu sehingga merosakkan akhlak sendiri. 11  Alangkah malangnya mereka! Mereka mengikut jejak Kain+ dan terburu-buru menempuh haluan sesat Bileam+ kerana menginginkan ganjaran. Mereka telah dimusnahkan kerana mengucapkan kata-kata yang menentang orang yang berkuasa atas mereka,+ seperti yang dilakukan oleh Korah.+ 12  Semasa mereka menikmati jamuan* bersama kamu,+ mereka seperti batu yang tersembunyi di bawah permukaan air. Mereka seperti gembala yang hanya memikirkan perut sendiri tanpa rasa malu.+ Mereka seperti awan yang ditiup angin ke sana sini tetapi tidak membawa hujan.+ Mereka seperti pokok yang tidak berbuah pada musim luruh, yang mati sama sekali, dan yang dicabut dengan akarnya. 13  Mereka seperti ombak ganas di laut yang membuihkan perbuatan yang memalukan.+ Mereka seperti bintang yang tidak bergerak mengikut peredarannya, dan mereka akan ditempatkan dalam kegelapan yang paling pekat buat selama-lamanya.+ 14  Henokh,+ keturunan ketujuh daripada Adam, juga bernubuat mengenai mereka dengan berkata, “Lihatlah! Yehuwa* datang bersama puluhan ribu malaikat-Nya yang suci+ 15  untuk mengadili semua orang,+ dan untuk menyatakan kesalahan semua pendosa yang tidak menghormati-Nya. Tuhan berbuat demikian kerana mereka melakukan bermacam-macam kejahatan dan kerana mereka melemparkan kata-kata celaan terhadap-Nya.”+ 16  Orang sebegini suka merungut+ dan tidak puas dengan apa yang dimiliki mereka. Mereka bertindak menurut nafsu,+ bercakap besar, dan mengampu orang lain demi kepentingan sendiri.+ 17  Tetapi saudara-saudara yang dikasihi, ingatlah apa yang pernah dikatakan* oleh rasul-rasul Tuan Yesus Kristus. 18  Mereka sering berkata kepada kamu, “Pada waktu terakhir, akan muncul orang yang suka memperolokkan hal-hal yang betul dan yang mengikut nafsu jahat sendiri.”+ 19  Orang sebeginilah yang menyebabkan perpecahan,+ yang bersikap seperti binatang,* dan yang tidak dibimbing oleh kuasa suci* Tuhan.* 20  Namun saudara-saudara yang dikasihi, binalah iman kamu yang suci dan berdoalah menurut pimpinan kuasa suci Tuhan.+ 21  Dengan demikian kamu akan tetap berada di bawah naungan kasih Tuhan,+ sementara kamu menantikan belas kasihan Tuan Yesus Kristus, yang akan membuka jalan agar kamu menerima hidup kekal.+ 22  Selain itu, teruslah berbelas kasihan+ terhadap mereka yang ragu-ragu.+ 23  Tariklah mereka keluar daripada api untuk menyelamatkan mereka.+ Teruslah berbelas kasihan kepada orang lain. Namun, kamu harus berhati-hati semasa berbuat demikian. Jauhkanlah diri kamu daripada pakaian mereka yang dicemari perbuatan jahat.+ 24  Tuhan dapat melindungi kamu supaya kamu tidak tersandung. Dia dapat membawa kamu ke hadirat-Nya yang mulia dengan sukacita yang besar dan tanpa cela.+ 25  Menerusi Tuan kita, Yesus Kristus, semoga kemuliaan, keagungan, kekuatan, dan kuasa, menjadi milik satu-satunya Tuhan, Penyelamat kita, dari dahulukala hingga sekarang, dan untuk selama-lamanya. Amin.

Nota Kaki

Yunani, a·selʹgei·a. Lihat Kamus.
Lihat Kamus.
Harfiah, “jamuan kasih sayang.”
Atau “dinubuatkan.”
Atau “orang jasmani.”
Biasanya dipanggil roh kudus. Lihat Kamus.
Atau “tidak peka terhadap hal-hal rohani.”