Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Yosua 12:1-24

RANGKA KANDUNGAN

  • Raja-raja di timur Yordan dikalahkan (1-6)

  • Raja-raja di barat Yordan dikalahkan (7-24)

12  Orang Israel telah menakluki kawasan di sebelah timur Sungai Yordan, iaitu dari Lembah* Arnon+ sampai ke Gunung Hermon,+ termasuk seluruh bahagian timur Araba.+ Mereka telah mengalahkan raja-raja berikut:  Raja Sihon,+ iaitu raja orang Amori yang tinggal di Hesybon. Dia memerintah kota Aroer+ yang terletak di pinggir Lembah Arnon.+ Kawasan pemerintahannya merangkumi setengah daripada daerah Gilead, dari bahagian tengah Lembah Arnon sampai ke Lembah Yabok, iaitu sempadan orang Ammon.  Kawasan pemerintahannya juga merangkumi seluruh kawasan timur Araba, dari Tasik Kineret*+ sampai ke Laut Araba, iaitu Laut Mati, termasuk Bet-yesimot yang berdekatan Laut Mati sampai ke kaki cerun Pisga di selatan.+  Mereka juga menakluki negeri Raja Og+ dari Basan. Dia tinggal di Asytarot dan Edrei, dan merupakan salah seorang keturunan Refaim yang terakhir.+  Kawasan pemerintahannya merangkumi Gunung Hermon, Salkha, seluruh Basan,+ sampai ke sempadan orang Gesur dan orang Maakha,+ dan juga setengah daripada daerah Gilead, sampai ke negeri Raja Sihon dari Hesybon.+  Raja-raja itu telah dikalahkan oleh hamba Yehuwa, iaitu Musa, dan umat Israel.+ Selepas itu, Musa, hamba Yehuwa itu, memberikan negeri raja-raja itu kepada suku Ruben, suku Gad, dan setengah daripada suku Manasye untuk dijadikan milik mereka.+  Yosua dan orang Israel telah mengalahkan semua raja di sebelah barat Sungai Yordan dari Baal-gad+ di Lembah Lebanon+ sampai ke Gunung Halak+ yang berdekatan Seir.+ Yosua membahagikan tanah raja-raja itu dan memberikannya kepada suku-suku Israel sebagai milik mereka.+ Tanah itu merangkumi  Syefela, Araba, kawasan pergunungan, kawasan lereng gunung, padang belantara, dan Negeb.+ Semua itu merupakan negeri orang Het, orang Amori,+ orang Kanaan, orang Feris, orang Hewi, dan orang Yebus.+ Berikut ialah raja-raja mereka:   Seorang raja dari Yerikho;+ seorang raja dari Ai,+ yang terletak di sebelah Bethel; 10  seorang raja dari Yerusalem; seorang raja dari Hebron;+ 11  seorang raja dari Yarmut; seorang raja dari Lakhis; 12  seorang raja dari Eglon; seorang raja dari Gezer;+ 13  seorang raja dari Debir;+ seorang raja dari Geder; 14  seorang raja dari Horma; seorang raja dari Arad; 15  seorang raja dari Libna;+ seorang raja dari Adulam; 16  seorang raja dari Makeda;+ seorang raja dari Bethel;+ 17  seorang raja dari Tapuah; seorang raja dari Hefer; 18  seorang raja dari Afek; seorang raja dari Lasaron; 19  seorang raja dari Madon; seorang raja dari Hazor;+ 20  seorang raja dari Simron-meron; seorang raja dari Akhsaf; 21  seorang raja dari Taanakh; seorang raja dari Megido; 22  seorang raja dari Kedes; seorang raja dari Yokneam+ di Karmel; 23  seorang raja dari Dor di perbukitan Dor;+ seorang raja dari Goyim di Gilgal; 24  seorang raja dari Tirza. Kesemuanya berjumlah 31 orang raja.

Nota Kaki

Atau “Wadi.”
Iaitu, Tasik Genesaret atau Tasik Galilea.