Berita Baik yang Disampaikan oleh Yohanes 21:1-25

  • Menampakkan diri kepada murid-muridnya (1-14)

  • Petrus mengaku mengasihi Yesus (15-19)

    • “Peliharalah anak bebiriku” (17)

  • Masa depan murid yang dikasihinya (20-23)

  • Kesimpulan (24, 25)

21  Setelah itu, Yesus menampakkan diri sekali lagi kepada murid-muridnya di Tasik Tiberias. Berikut merupakan apa yang berlaku semasa dia menampakkan diri kepada mereka:  Pada masa itu, Simon Petrus, Tomas (yang dipanggil Si Kembar),+ Natanael+ yang berasal dari Kana di Galilea, anak-anak Zebedeus,+ dan dua orang murid Yesus yang lain sedang berkumpul.  Simon Petrus berkata kepada mereka, “Aku akan pergi menangkap ikan.” Mereka berkata, “Kami akan ikut kamu.” Maka, mereka bertolak dari sana dengan menaiki perahu. Tetapi pada malam itu, mereka tidak menangkap apa-apa.+  Semasa hari hampir pagi, Yesus berdiri di tepi tasik, tetapi murid-muridnya tidak sedar bahawa orang itu ialah Yesus.+  Maka Yesus berkata kepada mereka, “Hai anak-anak, adakah kamu mempunyai apa-apa* untuk dimakan?” Mereka menjawab, “Tidak ada.”  Jadi dia berkata kepada mereka, “Tebarkanlah jala ke sebelah kanan perahu, dan kamu akan mendapat ikan.” Mereka pun menebarkan jala, dan menangkap begitu banyak ikan sehingga tidak terdaya menarik jala itu kembali.+  Maka murid yang disayangi Yesus itu+ berkata kepada Petrus, “Dia Tuan Yesus!” Pada masa itu, Simon Petrus tidak berpakaian lengkap. Oleh itu, apabila dia mendengar bahawa orang itu ialah Tuan Yesus, dia memakai jubah luarnya lalu terjun ke dalam tasik.  Tetapi murid-murid yang lain datang dengan perahu kecil itu sambil menyeret jala yang penuh dengan ikan. Mereka berada tidak jauh dari darat, iaitu hanya kira-kira 90 meter* jauhnya.  Apabila mereka tiba di darat, mereka nampak ada roti di situ dan ada ikan yang sedang dibakar di atas bara api. 10  Yesus berkata kepada mereka, “Bawalah beberapa ekor ikan yang baru kamu tangkap.” 11  Simon Petrus pun naik ke perahu lalu menyeret jala ke darat. Jala itu sarat dengan ikan yang besar-besar, dan semuanya berjumlah 153 ekor. Meskipun ada begitu banyak ikan yang ditangkap, jala itu tidak koyak. 12  Yesus berkata kepada mereka, “Marilah bersarapan.” Tidak seorang pun daripada murid-muridnya yang berani bertanya, “Siapakah kamu?” kerana mereka tahu bahawa dia ialah Tuan Yesus. 13  Maka Yesus menghampiri mereka, mengambil roti itu, dan memberikannya kepada mereka. Dia juga berbuat demikian dengan ikan-ikan itu. 14  Inilah kali ketiga+ Yesus menampakkan diri kepada murid-muridnya selepas dia dibangkitkan daripada kematian. 15  Selepas mereka bersarapan, Yesus bertanya kepada Simon Petrus, “Simon anak Yohanes, adakah kamu mengasihi aku lebih daripada semua ini?” Petrus berkata kepadanya, “Ya Tuan. Tuan tahu bahawa aku mengasihi Tuan.” Maka Yesus berkata kepadanya, “Peliharalah* anak bebiriku.”+ 16  Untuk kali kedua Yesus bertanya kepadanya, “Simon anak Yohanes, adakah kamu mengasihi aku?” Petrus menjawab, “Ya Tuan. Tuan tahu bahawa aku mengasihi Tuan.” Yesus berkata kepadanya, “Hendaklah kamu menggembala anak bebiriku.”+ 17  Untuk kali ketiga Yesus bertanya kepadanya, “Simon anak Yohanes, adakah kamu mengasihi aku?” Petrus sedih kerana Yesus bertanya buat kali ketiga, “Adakah kamu mengasihi aku?” Oleh itu Petrus menjawab, “Tuan mengetahui segala sesuatu. Tuan tahu bahawa aku mengasihi Tuan.” Yesus berkata kepadanya, “Peliharalah anak bebiriku.+ 18  Sesungguhnya aku berkata kepada kamu: Semasa kamu lebih muda, kamu mengenakan pakaianmu sendiri dan berjalan ke mana sahaja kamu mahu. Tetapi apabila kamu menjadi tua, kamu akan menghulurkan tangan dan orang lain akan mengenakan pakaian untukmu dan membawa kamu ke tempat yang kamu tidak mahu pergi.” 19  Dia berkata demikian untuk menunjukkan bagaimana Petrus akan mati kelak untuk memuliakan Tuhan. Selepas itu, dia berkata kepada Petrus, “Teruslah mengikut aku.”+ 20  Petrus berpaling dan melihat murid yang dikasihi Yesus itu+ sedang mengikuti mereka. Murid itulah yang bersandar pada Yesus semasa perjamuan malam dan yang bertanya, “Tuan, siapakah yang akan mengkhianati Tuan?” 21  Sebaik sahaja Petrus nampak dia, Petrus bertanya kepada Yesus, “Tuan, bagaimana pula dengan orang ini?” 22  Yesus menjawab, “Jika aku mahu dia hidup sehingga aku datang, apa kena-mengenanya dengan kamu? Tetapi hendaklah kamu terus mengikut aku.” 23  Oleh itu, tersebarlah berita dalam kalangan murid-muridnya bahawa murid tersebut tidak akan mati. Sebenarnya Yesus tidak mengatakan bahawa dia tidak akan mati. Yesus berkata, “Jika aku mahu dia hidup sehingga aku datang, apa kena-mengenanya dengan kamu?” 24  Dialah murid Yesus+ yang memberikan kesaksian dan menuliskan semua peristiwa ini, dan kita tahu bahawa kesaksiannya itu benar. 25  Sebenarnya, ada banyak lagi perkara yang dilakukan oleh Yesus. Tetapi pada pendapatku, jika butirannya ditulis dengan terperinci, seluruh dunia pun tidak cukup untuk memuatkan gulungan-gulungan yang ditulis itu.+

Nota Kaki

Atau “ikan.”
Harfiah, “kira-kira 200 hasta.” Lihat Lampiran B14.
Harfiah, “Berilah makan.”