Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Berita Baik yang Disampaikan oleh Yohanes 18:1-40

RANGKA KANDUNGAN

  • Yudas mengkhianati Yesus (1-9)

  • Petrus menghunus pedang (10, 11)

  • Yesus dibawa kepada Hanas (12-14)

  • Penyangkalan pertama Petrus (15-18)

  • Yesus dihadapkan kepada Hanas (19-24)

  • Penyangkalan Petrus yang ke-2 dan ke-3 (25-27)

  • Yesus dihadapkan kepada Pilatus (28-40)

    • “Kerajaanku bukan sebahagian daripada dunia” (36)

18  Setelah Yesus berdoa sedemikian, dia pergi ke sebuah taman di seberang Lembah Kidron+ bersama murid-muridnya.+  Pengkhianatnya yang bernama Yudas juga tahu tempat itu kerana Yesus sering kali berkumpul bersama murid-muridnya di sana.  Maka Yudas datang ke sana bersama sepasukan askar dan para pengawal yang diutus oleh ketua-ketua imam dan orang Farisi. Mereka membawa obor, pelita, dan senjata.+  Yesus mengetahui semua perkara yang bakal berlaku terhadapnya. Jadi, dia melangkah ke depan dan berkata kepada mereka, “Siapakah yang sedang kamu cari?”  Mereka menjawab, “Yesus, orang Nasaret itu.”+ Yesus berkata, “Akulah orang yang kamu cari.” Yudas, pengkhianatnya, juga berdiri dengan mereka.+  Walau bagaimanapun, apabila Yesus berkata, “Akulah orang yang kamu cari,” mereka berundur dan rebah ke tanah.+  Maka dia bertanya lagi, “Siapakah yang sedang kamu cari?” Mereka berkata, “Yesus, orang Nasaret itu.”  Yesus menjawab, “Aku sudah memberitahu kamu bahawa akulah orang yang kamu cari. Jika akulah orang yang kamu cari, biarlah mereka pergi.”  Dia berkata demikian supaya terjadilah kata-kata yang diucapkannya dahulu, “Aku tidak kehilangan seorang pun daripada semua yang Engkau berikan kepadaku.”+ 10  Kemudian, Simon Petrus menghunus pedang yang dibawanya lalu menyerang hamba imam agung dan mengerat telinga kanannya.+ Nama hamba itu ialah Malkhus. 11  Namun, Yesus berkata kepada Petrus, “Sarungkanlah pedang itu.+ Bukankah aku harus minum daripada cawan yang diberikan oleh Bapa kepadaku?”+ 12  Kemudian askar-askar, ketua pasukan tentera, dan para pengawal orang Yahudi, menangkap Yesus dan mengikatnya. 13  Mula-mula mereka membawanya kepada Hanas, iaitu bapa mentua Kayafas.+ Kayafas ialah imam agung pada tahun itu.+ 14  Sebenarnya, Kayafaslah yang pernah menasihati orang Yahudi bahawa mereka akan mendapat manfaat jika satu orang mati bagi seluruh umat.+ 15  Simon Petrus dan seorang murid yang lain mengikut Yesus.+ Murid itu dikenali oleh imam agung, jadi dia pergi bersama Yesus ke halaman dalam rumah imam agung, 16  tetapi Petrus berdiri di luar pintu. Maka, murid yang dikenali oleh imam agung itu keluar untuk bercakap dengan hamba perempuan yang menjaga pintu, lalu Petrus dibawa masuk. 17  Hamba perempuan itu bertanya kepada Petrus, “Bukankah kamu juga salah seorang murid lelaki itu?” Petrus menjawab, “Bukan.”+ 18  Sementara itu, hamba-hamba dan para pengawal berasa sejuk, maka mereka menyalakan api dengan arang dan berdiri di situ untuk memanaskan badan. Petrus juga berdiri bersama mereka untuk memanaskan badannya. 19  Ketua imam menyoal Yesus tentang murid-muridnya dan tentang ajarannya. 20  Yesus menjawab, “Aku sentiasa bercakap di hadapan umum. Aku tidak pernah menyatakan sesuatu secara rahsia. Aku selalu mengajar di rumah ibadat dan Rumah Tuhan,+ iaitu tempat semua orang Yahudi berkumpul. 21  Jadi, mengapakah kamu menyoal aku? Soallah mereka yang sudah mendengar kata-kataku. Mereka tahu apa yang aku katakan.” 22  Selepas Yesus mengucapkan kata-kata ini, salah seorang pengawal yang berdiri di situ menampar muka Yesus+ lalu berkata, “Begitukah caranya kamu menjawab ketua imam?” 23  Yesus menjawab, “Jika aku mengatakan sesuatu yang salah, beritahulah aku kesalahan itu. Tetapi jika apa yang aku katakan benar, mengapakah kamu memukul aku?” 24  Kemudian, Hanas menyuruh orang membawa Yesus kepada Imam Agung Kayafas.+ Pada masa itu, Yesus masih terikat. 25  Semasa Simon Petrus masih berdiri dekat api untuk memanaskan badan, orang lain berkata kepadanya, “Bukankah kamu juga salah seorang daripada muridnya?” Dia menafikan hal itu dan berkata, “Bukan.”+ 26  Salah seorang hamba imam agung, yang merupakan sanak saudara lelaki yang telinganya dikerat oleh Petrus,+ berkata, “Bukankah kamu yang aku nampak di taman itu bersamanya?” 27  Namun, Petrus menafikan hal itu sekali lagi. Pada saat itu juga, seekor ayam jantan berkokok.+ 28  Pada awal pagi, mereka membawa Yesus dari rumah Kayafas ke kediaman gabenor.+ Tetapi mereka sendiri tidak memasuki kediaman gabenor supaya mereka tidak menjadi najis+ dan boleh makan jamuan Paska. 29  Oleh itu, Pilatus keluar dan berkata kepada mereka, “Apakah tuduhan kamu semua terhadap lelaki ini?” 30  Mereka menjawab, “Jika lelaki ini bukan penjenayah, kami tidak akan menyerahkannya kepada tuan.” 31  Lalu Pilatus berkata, “Bawalah dia pergi dan hakimilah dia menurut hukum kamu.”+ Orang Yahudi menjawab, “Kami tidak berhak membunuh sesiapa pun.”+ 32  Dengan ini, terjadilah apa yang dikatakan oleh Yesus tentang cara dia akan mati.+ 33  Pilatus memasuki kediaman gabenor sekali lagi dan memanggil Yesus. Dia bertanya, “Adakah kamu Raja orang Yahudi?”+ 34  Yesus menjawab, “Adakah kamu berkata demikian berdasarkan pemikiran sendiri, atau adakah orang lain yang memberitahu kamu tentang aku?” 35  Pilatus berkata, “Adakah aku orang Yahudi? Bangsa kamu sendiri dan ketua-ketua imam yang menyerahkan kamu kepadaku. Apakah yang telah kamu lakukan?” 36  Yesus menjawab,+ “Kerajaanku bukan sebahagian daripada dunia ini.+ Jika Kerajaanku sebahagian daripada dunia ini, pengikut-pengikutku tentu berjuang supaya aku tidak diserahkan kepada orang Yahudi.+ Tetapi, Kerajaanku bukanlah dari dunia ini.” 37  Maka, Pilatus bertanya, “Jadi, adakah kamu seorang raja?” Yesus menjawab, “Kamu sendiri yang mengatakan bahawa aku ialah seorang raja.+ Aku harus memberikan kesaksian tentang kebenaran,+ kerana untuk tujuan inilah aku dilahirkan dan datang ke dunia. Setiap orang yang berpihak pada kebenaran mendengarkan suaraku.” 38  Pilatus berkata kepadanya, “Apakah itu kebenaran?” Selepas Pilatus berkata demikian, dia keluar lagi dan berkata kepada orang Yahudi, “Aku tidak dapat mencari kesalahan lelaki ini.+ 39  Lagi pula, menurut kebiasaan kamu, aku patut membebaskan seorang lelaki semasa Perayaan Paska.+ Jadi, adakah kamu mahu aku membebaskan Raja orang Yahudi?” 40  Sekali lagi, mereka berteriak, “Jangan bebaskan orang ini! Bebaskan Barabas!” Sebenarnya, Barabas ialah seorang perompak.+

Nota Kaki