Berita Baik yang Disampaikan oleh Yohanes 16:1-33

  • Murid Yesus mungkin dibunuh (1-4a)

  • Peranan kuasa suci Tuhan (4b-16)

  • Dukacita menjadi sukacita (17-24)

  • Yesus menakluki dunia (25-33)

16  “Aku memberitahu kamu hal-hal ini supaya kamu tidak tersandung.  Kamu akan dihalau dari rumah ibadat.+ Sebenarnya, akan tiba masanya apabila setiap orang yang membunuh kamu+ akan menyangka bahawa dia sedang menjalankan khidmat suci kepada Tuhan.  Namun mereka akan berbuat demikian kerana mereka belum lagi mengenal Bapa ataupun aku.+  Walau bagaimanapun, aku memberitahu kamu hal-hal ini, supaya apabila masanya tiba untuk hal-hal ini berlaku, kamu akan ingat bahawa aku pernah memberitahu kamu tentangnya.+ “Aku tidak memberitahu kamu hal-hal ini sebelum ini, kerana aku masih bersama kamu.  Kini aku akan pergi kepada Dia yang mengutus aku.+ Tetapi tidak seorang pun daripada kamu yang bertanya, ‘Ke manakah Guru akan pergi?’  Sekarang kamu bersedih hati kerana aku memberitahu kamu hal-hal ini.+  Namun, apa yang aku katakan benar: Aku pergi demi kebaikan kamu. Jika aku tidak pergi, penolong itu+ tidak akan datang kepada kamu. Tetapi jika aku pergi, aku akan mengutusnya kepada kamu.  Apabila dia datang, dia akan menunjukkan bukti yang kukuh kepada dunia tentang dosa-dosanya. Dia juga akan memberikan bukti yang kukuh tentang siapa yang melakukan apa yang benar dan siapa yang akan dihukum oleh Tuhan.  Pertama-tama, dia akan membuktikan siapa yang berdosa,+ kerana mereka tidak beriman kepadaku.+ 10  Kemudian, dia akan membuktikan siapa yang melakukan apa yang benar, kerana aku akan pergi kepada Bapa, dan kamu tidak akan melihat aku lagi. 11  Setelah itu, dia akan membuktikan siapa yang dihukum, kerana pemerintah dunia ini sudah dihukum.+ 12  “Banyak lagi yang hendak aku katakan kepada kamu, tetapi kamu tidak dapat memahaminya buat masa ini. 13  Namun, apabila penolong itu, iaitu kuasa suci Tuhan yang menyingkapkan kebenaran tiba,+ dia* akan membimbing kamu supaya memahami seluruh kebenaran. Apa yang dikatakannya tidak berasal daripada dirinya sendiri. Sebaliknya, dia mengucapkan apa yang didengarnya, dan dia akan mengumumkan kepada kamu hal-hal yang bakal berlaku.+ 14  Dia akan memuliakan aku,+ kerana apa yang diumumkannya kepada kamu diterima daripada aku.+ 15  Segala yang dimiliki oleh Bapa juga milikku.+ Itulah sebabnya aku mengatakan bahawa apa yang diumumkannya kepada kamu diterima daripada aku. 16  Seketika lagi, kamu tidak akan melihatku,+ tetapi seketika kemudian kamu akan melihatku.” 17  Ketika itu beberapa orang muridnya berkata kepada satu sama lain, “Apakah maksud kata-katanya, ‘Seketika lagi, kamu tidak akan melihatku, tetapi seketika kemudian kamu akan melihatku’ dan, ‘kerana aku akan pergi kepada Bapa’?” 18  Mereka berkata, “Apakah maksud kata-katanya, ‘Seketika lagi’? Kita tidak memahami apa yang dikatakannya.” 19  Yesus tahu mereka ingin bertanya kepadanya, maka dia berkata, “Adakah kamu tertanya-tanya antara satu sama lain kerana aku berkata, ‘Seketika lagi, kamu tidak akan melihatku, tetapi seketika kemudian kamu akan melihatku’? 20  Sesungguhnya aku berkata kepada kamu: Kamu akan menangis dan meratap, tetapi dunia akan bersukacita. Kamu akan berdukacita, tetapi dukacita itu akan berubah menjadi sukacita.+ 21  Seorang wanita yang hendak melahirkan anak mengalami kesakitan, kerana saatnya untuk bersalin sudah tiba. Namun setelah anaknya dilahirkan, dia bersukacita kerana seorang insan telah dilahirkan ke dunia, lalu dia melupakan kesengsaraan yang dialaminya. 22  Begitu juga, kamu berdukacita sekarang. Tetapi aku akan berjumpa lagi dengan kamu. Hati kamu akan penuh dengan sukacita,+ dan tiada sesiapa yang dapat merampas sukacita kamu. 23  Pada hari itu, kamu tidak akan bertanya apa-apa lagi kepadaku. Sesungguhnya aku berkata kepada kamu: Bapa akan memberikan apa sahaja yang kamu minta+ jika kamu memintanya atas namaku.+ 24  Hingga saat ini kamu belum meminta apa-apa atas namaku. Mintalah dan kamu akan menerimanya, supaya sukacita kamu sempurna. 25  “Aku sudah menggunakan perumpamaan untuk memberitahu kamu semua ini. Tetapi akan tiba masanya apabila aku tidak lagi menggunakan perumpamaan untuk bercakap kepada kamu. Sebaliknya aku akan memberitahu kamu tentang Bapa secara terus terang. 26  Pada hari itu, kamu akan meminta kepada Bapa atas namaku. Kata-kataku tidak bermaksud bahawa aku akan memohon kepada-Nya bagi pihak kamu. 27  Bapa sendiri mengasihi kamu, kerana kamu mengasihi aku+ dan percaya bahawa aku datang sebagai wakil Tuhan.+ 28  Aku datang sebagai wakil Bapa dan aku sudah datang ke dunia. Sekarang, aku akan meninggalkan dunia dan pergi kepada Bapa.”+ 29  Murid-muridnya berkata, “Lihatlah! Sekarang Guru bercakap dengan terus terang tanpa menggunakan perumpamaan. 30  Kini kami tahu bahawa Guru mengetahui segala-galanya dan tiada orang perlu bertanya apa-apa kepada Guru. Melalui hal ini kami percaya bahawa Guru berasal daripada Tuhan.” 31  Yesus menjawab, “Adakah kamu percaya sekarang? 32  Lihatlah! Masanya akan tiba, malah sudah tiba, apabila kamu akan dicerai-beraikan lalu pulang ke rumah masing-masing. Kamu akan meninggalkan aku seorang diri,+ tetapi aku tidak sendirian, kerana Bapa menyertai aku.+ 33  Aku memberitahu kamu hal-hal ini supaya kamu menerima kedamaian melalui aku.+ Kamu akan menghadapi kesengsaraan di dunia ini, tetapi teguhkanlah hati kamu! Aku sudah menakluki dunia.”+

Nota Kaki

Perkataan “dia” di ayat 13 dan 14 merujuk kepada “penolong itu” yang disebutkan di ayat 7. Yesus menggunakan ungkapan “penolong itu” sebagai personifikasi kuasa suci Tuhan.