Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Yesaya 64:1-12

RANGKA KANDUNGAN

  • Sambungan bagi doa umat yang bertaubat (1-12)

    • Yehuwa, “Tukang Tembikar kami” (8)

64  Ya Tuhan, koyakkanlah langit dan turunlah,Supaya gunung-gunung bergoncang kerana-Mu.   Dengan itu, musuh-musuh akan mengenal nama-Mu,Dan bangsa-bangsa akan gementar di hadapan-Mu.Tindakan-Mu akan seperti nyala api yang membakar ranting-ranting,Dan seperti api yang mendidihkan air.   Dahulu Engkau melakukan perkara-perkara yang menakjubkan, yang tidak berani kami harapkan.+Engkau turun, dan gunung-gunung bergoncang di hadapan-Mu.+   Sejak purbakala, tiada seorang pun yang pernah melihatAtau mendengar tentang Tuhan seperti Engkau,Yang bertindak demi mereka yang berharap kepada-Mu.*+   Engkau menyambut orang yang suka berbuat benar,+Yang ingat akan Engkau dengan mengikut haluan-Mu. Tetapi Engkau murka kerana kami asyik berdosa.+Kami sudah berdosa untuk begitu lama. Jadi mungkinkah kami diselamatkan sekarang?   Kami semua seperti orang yang najis,Dan segala perbuatan baik kami bagaikan kain yang dikotori darah haid.+ Kami semua akan layu seperti daunDan lenyap ditiup angin kerana kesalahan kami.   Tiada orang yang menyeru nama-Mu;Tiada seorang pun yang bangkit untuk berpegang erat pada-Mu,Kerana Engkau telah menyembunyikan diri-Mu daripada kami,+Dan Engkau membiarkan kami beransur-ansur mati* kerana dosa kami.   Tetapi sekarang, Engkau ialah Bapa kami, ya Yehuwa.+ Kami ialah tanah liat, dan Engkau ialah Tukang Tembikar kami;*+Kami semua merupakan hasil kerja tangan-Mu.   Janganlah menjadi terlalu murka, ya Yehuwa,+Dan janganlah mengingat kesalahan kami selama-lamanya. Tolonglah ingat bahawa kami semua merupakan umat-Mu. 10  Kota-kota-Mu yang suci sudah menjadi padang belantara; Yerusalem sudah menjadi tanah yang tandus,Dan Sion sudah menjadi padang belantara.+ 11  Tempat ibadat kami yang suci dan mulia,*Tempat nenek moyang kami memuji-Mu dahulu,Telah hangus dijilat api.+Segala yang berharga bagi kami kini menjadi reruntuhan. 12  Ya Yehuwa, setelah melihat semua itu, adakah Engkau masih menahan diri dan tidak bertindak? Adakah Engkau akan tetap berdiam diri dan membiarkan kami menderita dengan teruk sekali?+

Nota Kaki

Atau “yang menanti-nantikan Engkau dengan sabar.”
Harfiah, “menyebabkan kami melebur.”
Atau “Tukang yang membentuk kami.”
Atau “indah.”