Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Yesaya 59:1-21

RANGKA KANDUNGAN

  • Dosa orang Israel memisahkan mereka daripada Tuhan (1-8)

  • Mengakui dosa (9-15a)

  • Yehuwa bertindak demi orang yang bertaubat (15b-21)

59  Adakah tangan Yehuwa terlalu pendek untuk menyelamatkan kamu?+Adakah telinga-Nya terlalu pekak untuk mendengar seruan kamu?+   Tidak. Kesalahan kamu sendirilah yang memisahkan kamu daripada Tuhan kamu.+ Kerana dosa kamu, Dia berpaling daripada kamuDan enggan mendengarkan kamu.+   Tangan kamu dicemari darah,+Dan jari-jemari kamu dikotori dosa. Bibir kamu mengeluarkan dusta,+ dan lidah kamu mengucapkan kata-kata jahat.   Tiada seorang pun yang bersuara untuk mempertahankan keadilan,+Dan tiada sesiapa pun yang bercakap benar semasa di mahkamah. Kamu percaya kepada perkara yang sia-sia+ dan mengucapkan kata-kata yang tidak berguna. Kamu merancang kejahatan dan mendatangkan kesusahan kepada orang lain.+   Kamu menetaskan telur ular berbisa;Apabila telur itu pecah, keluarlah ular yang beracun. Sesiapa yang makan telur ular berbisa akan mati.Kamu menenun kain daripada sarang labah-labah,+   Tetapi kain itu tidak dapat dijadikan pakaian kamu,Dan hal-hal yang kamu lakukan tidak dapat membantu kamu.+ Perbuatan kamu mendatangkan celaka,Dan tangan kamu penuh dengan keganasan.+   Kaki kamu bergegas melakukan kejahatan,Dan kamu tidak ragu-ragu untuk menumpahkan darah orang yang tidak bersalah.+ Fikiran kamu ialah fikiran yang jahat;Kemusnahan dan kesengsaraan ada di jalan-jalan kamu.+   Kamu tidak mengenal haluan kedamaian,Dan kamu tidak menempuh jalan keadilan.+ Kamu menyebabkan jalan kamu berliku-liku,Dan orang yang mengikut jalan itu tidak mendapat kedamaian.+   Itulah sebabnya keadilan jauh daripada kami,Dan kebaikan tidak datang kepada kami. Kami asyik mengharapkan cahaya, tetapi kami hanya nampak kegelapan;Kami menginginkan terang, tetapi kami hanya berjalan dalam kekelaman.+ 10  Kami meraba-raba dinding seperti orang yang buta;Kami meraba-raba seperti orang yang tidak dapat melihat.+ Kami tersandung pada waktu tengah hari, sebagaimana orang tersandung pada waktu malam.Kami seperti orang mati dalam kalangan orang yang perkasa. 11  Kami semua asyik menggeram seperti beruangDan berkukur dengan sedih seperti burung merpati. Kami mengharapkan keadilan, tetapi tidak menemuinya;Kami mendambakan penyelamatan, tetapi penyelamatan tidak kunjung tiba. 12  Di hadapan Tuhan, kami sering memberontak.+Setiap dosa yang kami lakukan menyalahkan kami.+ Kami tahu benar tentang pemberontakan kami;Kami sungguh-sungguh menyedari kesalahan kami.+ 13  Kami telah berdosa dan menyangkal Yehuwa;Kami telah berpaling daripada Tuhan kami. Kami merancang untuk memberontak dan melakukan penindasan;+Kami memikirkan dusta dalam hati lalu mengucapkannya.+ 14  Keadilan terpaksa berundur,+Dan kebaikan berdiri jauh-jauh;+Ketulusan tidak dibenarkan masuk ke dataran kota,Dan kebenaran* tersandung di situ. 15  Kebenaran* sudah lenyap,+Dan sesiapa yang berpaling daripada kejahatan menjadi mangsa rompakan. Yehuwa tidak berkenan melihat semua itu,Kerana keadilan sudah tiada.+ 16  Dia melihat bahawa tiada orang yang tampil untuk membantu,Dan Dia berasa hairan kerana tiada sesiapa pun yang bertindak.Maka dengan kuasa-Nya sendiri, Dia mendatangkan penyelamatan,*Dan keadilan-Nya mendorong-Nya untuk bertindak. 17  Keadilan menjadi seperti baju zirah yang dipakai-Nya,Penyelamatan* menjadi seperti topi besi di kepala-Nya,+ Pembalasan menjadi seperti pakaian yang dikenakan-Nya,+Dan semangat yang membara menjadi seperti jubah luar-Nya. 18  Dia akan membalas manusia setimpal dengan perbuatan mereka.+ Musuh dan lawan-Nya akan merasai kemurkaan-Nya dan dihukum;+ Penduduk di pulau-pulau pun akan ditimpa pembalasan. 19  Orang di tempat matahari terbit akan memuliakan Yehuwa,Dan orang di tempat matahari terbenam akan hormat dan takut kepada nama-Nya.Yehuwa akan datang seperti air sungai yang deras,Yang arusnya didorong oleh kuasa suci-Nya. 20  Yehuwa berfirman, “Penebus+ akan datang ke Sion+Dan kepada keturunan Yakub yang meninggalkan kesalahan mereka.”+ 21  Yehuwa juga berfirman, “Inilah perjanjian antara Aku dengan kamu:+ Aku telah mencurahkan kuasa suci-Ku ke atas kamu dan meletakkan firman-Ku di dalam mulut kamu. Kedua-duanya akan sentiasa berada dalam diri kamu, anak-anak kamu, dan cucu kamu, dari sekarang hingga selama-lamanya.” Demikianlah firman Yehuwa.

Nota Kaki

Atau “kejujuran.”
Atau “Kejujuran.”
Atau “mendatangkan kemenangan bagi diri-Nya.”
Atau “Kemenangan.”