Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Yesaya 51:1-23

RANGKA KANDUNGAN

  • Sion akan menjadi seperti Taman Eden (1-8)

  • Kelegaan daripada Pencipta Sion yang perkasa (9-16)

  • Cawan kemurkaan Yehuwa (17-23)

51  “Dengarkanlah Aku, hai kamu yang berusaha melakukan apa yang benar,Yang mencari Aku, Yehuwa. Pandanglah batu besar tempat kamu dipahatDan kuari tempat kamu digali.   Pandanglah bapa kamu AbrahamDan Sara+ yang melahirkan kamu. Aku memanggil Abraham+ apabila dia seorang diri.Aku memberkatinya dan memberinya anak cucu yang banyak.+   Aku, Yehuwa, akan melegakan hati Sion+ Dan membina semula* semua reruntuhannya.+Aku, Yehuwa, akan menjadikan padang belantaranya seperti Eden,+Dan menyebabkan padang gurunnya menjadi seperti taman-Ku.+ Di Sion, akan kedengaran suara orang bergembira dan bersukacitaSerta ucapan syukur dan lagu yang indah.+   Hai umat-Ku, berikanlah perhatian kepada-KuDan dengarkanlah Aku.+ Aku akan memberikan hukum+Dan menetapkan keadilan-Ku sebagai cahaya bagi bangsa-bangsa.+   Masa untuk Aku melakukan apa yang benar sudah dekat.+ Aku akan membawa penyelamatan,+Dan Aku akan menggunakan kuasa-Ku untuk menghakimi bangsa-bangsa.+ Penduduk di pulau-pulau akan berharap kepada-Ku,+Dan mereka akan menanti-nantikan kuasa-Ku.   Pandanglah ke langitDan lihatlah bumi. Langit akan lenyap seperti asap;Bumi akan menjadi usang seperti pakaian,Dan penduduknya akan mati seperti lalat. Tetapi penyelamatan daripada-Ku akan kekal selama-lamanya,+Dan keadilan-Ku tidak akan berakhir.*+   Dengarkanlah Aku, hai kamu yang tahu akan hal yang benar,Kamu yang menyimpan hukum-Ku* dalam hati.+ Janganlah takut apabila manusia mengejek kamu,Dan janganlah gentar apabila mereka menghina kamu.   Mereka akan menjadi seperti pakaian yang dimakan gegat,Dan seperti kain bulu yang dimakan serangga.*+ Namun, keadilan-Ku dan penyelamatan daripada-KuAkan kekal dari generasi ke generasi buat selama-lamanya.”+   Ya Yehuwa, semoga Engkau bertindak dengan tangan-Mu.Bertindaklah dengan tangan-Mu yang perkasa!+ Semoga tangan-Mu bertindak seperti pada zaman purba. Bukankah Engkau yang menghancurkan Rahab?*+Bukankah Engkau yang menikam raksasa laut itu?+ 10  Bukankah Engkau yang mengeringkan air di samudera?+ Bukankah Engkau yang menyediakan jalan di lautan yang dalam, supaya orang yang ditebus dapat menyeberanginya?+ 11  Ya Yehuwa, orang yang Engkau tebus akan kembali.+ Mereka akan datang ke Sion sambil bersorak dengan gembira.+Kegembiraan yang tidak berkesudahan akan menjadi mahkota mereka.+ Mereka tidak akan bersedih ataupun mengeluh lagi,Tetapi mereka akan bersukacita dan bergirang hati.+ 12  “Akulah yang melegakan hati kamu.+ Mengapakah kamu takut terhadap manusia yang akan mati,+Terhadap manusia yang bagaikan rumput hijau yang akan layu? 13  Adakah kamu sudah lupa akan Aku, Yehuwa, Pencipta kamu,+Yang membentangkan langit+ dan meletakkan asas bumi? Sepanjang hari, kamu takut kerana kemarahan penindas,*Seolah-olah dia dapat memusnahkan kamu. Tetapi sekarang, di manakah penindas yang mengamuk itu? 14  Orang yang meringkuk dan dirantai akan segera dibebaskan;+Mereka tidak akan kekurangan makanan,Dan mereka tidak akan mati dan dikuburkan. 15  Aku, Yehuwa, ialah Tuhan kamu.Akulah yang mengocakkan air laut dan membuat ombaknya bergelora.+Nama-Ku Yehuwa, ketua angkatan syurga.+ 16  Aku akan memberi kamu firman yang harus kamu ucapkan,Dan Aku akan melindungi kamu dengan tangan-Ku,+Supaya Aku dapat membentangkan* langit dan meletakkan asas bumi+Serta berfirman kepada penduduk Sion, ‘Kamulah umat-Ku.’+ 17  Bangunlah, hai Yerusalem! Bangunlah dan bangkitlah!+Engkau telah minum daripada cawan kemurkaan yang Aku, Yehuwa, hulurkan kepadamu. Engkau telah minum daripada bekas itu;Engkau telah menghabiskan isi cawan yang menyebabkan orang terhuyung-hayang.+ 18  Tiada seorang pun daripada anak-anak yang engkau lahirkan yang membimbingmu;Tiada seorang pun daripada anak-anak yang engkau besarkan yang menuntunmu. 19  Kedua-dua perkara ini akan menimpamu: Engkau akan dibinasakan dan dihancurkan; pendudukmu akan kelaparan dan dibunuh dengan pedang!+ Siapakah yang akan mengasihanimu? Siapakah yang akan melegakanmu?+ 20  Anak-anakmu sudah pengsan+ Dan terbaring di setiap simpang jalan,Seperti bebiri hutan yang terperangkap di dalam jaring. Mereka telah merasai sepenuhnya kemurkaan dan hukuman Aku, Yehuwa, Tuhanmu.” 21  Hai wanita yang ditindas, yang mabuk bukan kerana wain,Dengarlah hal ini. 22  Demikianlah firman Tuanmu Yehuwa, Tuhan yang membela umat-Nya: “Lihatlah! Cawan yang menyebabkan orang terhuyung-hayang,+ iaitu cawan kemurkaan-Ku,Akan Aku ambil daripada tanganmu.Engkau tidak akan minum daripada bekas itu lagi.+ 23  Aku akan meletakkan cawan itu di dalam tangan orang yang menindasmu,+Iaitu orang yang berkata kepadamu, ‘Sujudlah supaya kami dapat berjalan di atasmu!’ Ketika itu, belakangmu menjadi seperti tanah,Seperti jalan yang diinjak-injak mereka.”

Nota Kaki

Harfiah, “Dan melegakan.”
Atau “tidak akan gagal.”
Atau “ajaran-Ku”
Atau mungkin, “ulat.”
Lihat Kamus.
Atau “kerana kemarahan orang yang mengepung kamu.”
Harfiah, “menanam.”