Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Yesaya 47:1-15

RANGKA KANDUNGAN

  • Kejatuhan Babilon (1-15)

    • Ahli nujum tidak berguna (13-15)

47  “Hai kota Babilon,*+Turunlah dan duduklah di atas debu. Hai kota orang Kasdim,Turunlah dari takhta dan duduklah di atas tanah,+Kerana engkau tidak lagi akan disebut lembut dan manja.   Ambillah batu kisaran untuk menggiling tepung. Tanggalkanlah selubungmu, Angkatlah jubahmu sehingga kakimu kelihatan, Dan seberangilah sungai-sungai.   Engkau akan menjadi telanjang, Dan engkau akan dimalukan. Aku akan melakukan pembalasan,+ dan tiada seorang pun yang dapat menghalang Aku.”*   Tuhan yang menebus kita,Ialah Tuhan Israel Yang Suci.Nama-Nya ialah Yehuwa, ketua angkatan syurga.+   “Hai kota orang Kasdim,+Duduklah dengan diam dalam kegelapan.Engkau tidak lagi akan digelar Ratu Bangsa-Bangsa.+   Aku murka terhadap umat-Ku,+ Lalu membiarkan mereka dinajiskan.+Aku menyerahkan mereka ke dalam tanganmu,+ Tetapi engkau tidak menunjukkan belas kasihan kepada mereka.+ Engkau bahkan membebani orang tua dengan kuk yang berat.+   Engkau berfikir, ‘Aku akan menjadi Ratu untuk selama-lamanya.’+ Engkau tidak memperhatikan perbuatanmu,Dan engkau tidak memikirkan kesudahan semuanya.   Sekarang dengarlah, hai engkau yang mencintai kesenangan.+Engkau menganggap bahawa engkau selamat, dan engkau berkata dalam hati, ‘Tiada sesiapa yang seperti aku, dan tiada sesiapa yang lebih hebat daripadaku.+ Aku tidak akan menjadi balu, Dan aku tidak akan tahu bagaimana rasanya kehilangan anak.’+   Tetapi kedua-dua hal itu akan menimpa engkau secara tiba-tiba, dalam masa sehari.+ Engkau akan kehilangan anak dan menjadi balu. Malapetaka itu akan menimpa engkau dengan sepenuhnya,+Kerana* engkau melakukan banyak sihir dan menggunakan jampi yang kuat.+ 10  Engkau berharap kepada kejahatanmu. Engkau berkata, ‘Tiada orang yang nampak perbuatanku.’ Kebijaksanaan dan pengetahuanmu telah menyesatkanmu.Engkau berkata dalam hati, ‘Tiada sesiapa yang seperti aku, dan tiada sesiapa yang lebih hebat daripadaku.’ 11  Engkau akan ditimpa malapetaka,Dan tiada satu pun daripada manteramu* yang dapat menghentikannya. Engkau akan dilanda kesusahan, dan engkau tidak dapat mencegahnya. Kebinasaan yang tidak engkau sangka akan menimpamu dengan tiba-tiba.+ 12  Teruslah gunakan segala sihir dan jampimu.+Gunakanlah ilmu sihir yang telah engkau pelajari dengan susah payah sejak muda lagi. Mungkin semua itu dapat membantumuDan menakut-nakutkan orang lain. 13  Engkau sudah penat kerana mempunyai penasihat yang banyak. Sekarang, biarlah mereka yang menyembah benda-benda di langit* bangkit untuk menyelamatkanmu.Mereka meneliti bintang-bintang+Dan membuat ramalan pada setiap bulan baharuUntuk menyatakan apa yang akan berlaku kepadamu. 14  Tetapi mereka seperti jerami Yang akan habis dibakar api. Mereka tidak dapat menyelamatkan diri daripada nyala api. Nyala api itu bukanlah bara api yang memanaskan badanAtau unggun api yang menghangatkan orang yang duduk di hadapannya. 15  Itulah yang akan berlaku kepada pembaca manteramuYang telah berjerih payah bersamamu sejak masa mudamu. Mereka semua akan merayau-rayau dan dicerai-beraikan ke merata tempat. Tiada sesiapa pun yang akan menyelamatkan engkau.”+

Nota Kaki

Harfiah, “anak dara Babilon.”
Atau mungkin, “dan Aku tidak akan melayan orang yang Aku jumpa dengan baik.”
Atau mungkin, “Biarpun.”
Atau “Dan kamu tidak akan tahu mantera.”
Atau mungkin, “mereka yang membahagi-bahagikan langit; ahli nujum.”