Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Yesaya 45:1-25

RANGKA KANDUNGAN

  • Kores dilantik untuk menawan Babilon (1-8)

  • Tanah liat tidak patut membantah Tukang Tembikar (9-13)

  • Bangsa-bangsa lain menghormati orang Israel (14-17)

  • Ciptaan Tuhan tidak sia-sia; firman-Nya selalu benar (18-25)

    • Bumi dibentuk untuk didiami (18)

45  Yehuwa telah melantik Kores+ dan memegang tangan kanannya,+Untuk menakluki bangsa-bangsa di hadapannya,+Untuk melucutkan kuasa raja-raja,Dan untuk membuka pintu-pintu di hadapannyaSupaya pintu-pintu gerbang tidak ditutup.Demikianlah firman Tuhan kepada Kores:   “Aku akan berjalan di hadapanmu,+Dan Aku akan meratakan bukit-bukit. Aku akan menghancurkan pintu-pintu tembagaDan mematahkan palang-palang besi.+   Aku akan memberi engkau kekayaan dari tempat-tempat yang gelapDan harta karun yang tersimpan di tempat-tempat yang tersembunyi.+Dengan demikian engkau akan tahu bahawa Akulah Yehuwa,Tuhan orang Israel, yang memanggil engkau dengan namamu.+   Demi keturunan Yakub yang merupakan hamba-Ku, dan demi orang Israel, iaitu umat pilihan-Ku,Aku akan memanggil engkau dengan namamu. Aku akan memberi engkau suatu nama yang terhormat, walaupun engkau tidak mengenal Aku.   Akulah Yehuwa; tiada yang lain kecuali Aku. Ya, tidak ada Tuhan lain kecuali Aku.+ Aku akan memberi engkau kekuatan, walaupun engkau tidak mengenal Aku.   Dengan demikian, dari timur hingga barat,Semua orang akan tahu bahawaTiada yang lain kecuali Aku.+ Akulah Yehuwa; tidak ada Tuhan lain kecuali Aku.+   Akulah yang menciptakan cahaya+ dan kegelapan.+Akulah yang mendatangkan kedamaian+ dan malapetaka.+Aku, Yehuwa, yang melakukan semua itu.   Hai langit, biarlah kebaikan menjadi seperti hujan yang turun dari atas;+Biarlah keadilan menjadi seperti hujan yang menitis dari awan. Biarlah bumi terbuka dan menumbuhkan kebaikanSerta menghasilkan penyelamatan yang berlimpah-limpah.+ Aku, Yehuwa, yang menyebabkan semua itu berlaku.”   Malanglah orang yang membantah Penciptanya,Kerana dia hanyalah seperti pecahan tembikarAntara pecahan-pecahan tembikar di atas tanah! Maka, patutkah tanah liat bertanya kepada Tukang Tembikar,* “Apakah yang sedang kamu buat?”+ Atau patutkah sebuah periuk berkata kepada Pembuatnya, “Kamu tidak mempunyai tangan”?* 10  Malanglah orang yang bertanya kepada bapanya, “Mengapakah kamu menjadi bapa saya?” Dan bertanya kepada ibunya, “Buat apa kamu melahirkan saya?” 11  Inilah firman Yehuwa, Tuhan Israel Yang Suci,+ Tuhan yang membentuk Israel: “Patutkah kamu menyoal Aku tentang hal-hal yang akan berlakuDan memberitahu Aku tentang apa yang harus Aku buat dengan anak-anak-Ku+ dan ciptaan-Ku? 12  Akulah yang membentuk bumi+ dan menciptakan manusia di bumi.+ Akulah yang membentangkan langit dengan tangan-Ku sendiri,+Dan Akulah yang memberikan perintah kepada segala sesuatu di langit.”+ 13  Yehuwa, ketua angkatan syurga, berfirman, “Demi tujuan-Ku yang benar, Aku telah menggerakkan seseorang untuk bertindak.+Aku akan meluruskan semua jalan yang dilaluinya. Dia akan membina kota-Ku+Dan membebaskan umat-Ku yang ditawan,+ tanpa rasuah dan tanpa bayaran.”+ 14  Demikianlah firman Yehuwa: “Kekayaan* Mesir dan barang niaga* Etiopia* akan menjadi milik kamu.Orang Syeba yang berbadan tinggi juga akan datang kepada kamu. Mereka akan terbelenggu dan berjalan di belakang kamu. Mereka akan datang dan bersujud kepada kamu+ Serta berkata dengan penuh hormat, ‘Tuhan memang menyertai kamu.+Dialah satu-satunya Tuhan; tidak ada Tuhan selain Dia.’” 15  Tuhan orang Israel ialah Penyelamat umat-Nya.+Dia ialah Tuhan yang menyembunyikan haluan-Nya. 16  Semua orang yang membuat berhala akan beredar dengan perasaan malu;Mereka semua akan dihina dan diaibkan.+ 17  Tetapi hai umat Israel, Yehuwa akan menyelamatkan kamu dan memberi kamu penyelamatan yang kekal.+ Kamu tidak akan dimalukan atau diaibkan buat selama-lamanya.+ 18  Yehuwa ialah Pencipta langit+ dan Tuhan yang benar.Dia membentuk dan menjadikan bumi serta mengukuhkannya.+Dia menciptakan bumi bukannya tanpa tujuan,* tetapi membentuknya untuk didiami.+Dia berfirman, “Akulah Yehuwa, Dan tidak ada Tuhan lain kecuali Aku. 19  Aku tidak berfirman dari tempat yang tersembunyi+ atau dari tempat yang gelap. Aku tidak berfirman kepada keturunan Yakub,‘Carilah Aku, tetapi usaha kamu akan sia-sia.’ Aku, Yehuwa, sentiasa mengatakan apa yang benar dan mengisytiharkan apa yang betul.+ 20  Hai kamu yang telah melarikan diri daripada bangsa-bangsa lain, Berhimpunlah dan datanglah bersama-sama.+ Orang yang mengangkat patung berukir, tidak tahu apa-apa.Mereka berdoa kepada tuhan yang tidak dapat menyelamatkan mereka.+ 21  Ajukanlah perkara kamu dan kemukakanlah bukti-bukti kamu. Rundinglah bersama-sama. Siapakah yang memberitahukan hal itu sejak dahuluDan mengisytiharkannya sejak zaman purba lagi? Bukankah Aku, Yehuwa, yang melakukannya? Tidak ada Tuhan lain kecuali Aku;Aku Tuhan yang adil dan yang membawa penyelamatan;+ tiada yang lain kecuali Aku.+ 22  Hai orang yang tinggal di seluruh pelosok bumi, berpalinglah kepada-Ku agar kamu diselamatkan.+Akulah Tuhan; tiada yang lain kecuali Aku.+ 23  Aku telah bersumpah demi diri-Ku sendiri;Firman yang Aku ucapkan itu benarDan pasti akan terjadi.+ Sesungguhnya, setiap orang akan berlutut di hadapan-Ku,Dan setiap orang akan bersumpah untuk setia kepada-Ku.+ 24  Mereka akan berkata, ‘Yehuwa sungguh adil dan penuh dengan kekuatan. Semua orang yang marah terhadap-Nya akan dimalukan di hadapan-Nya. 25  Semua keturunan Israel akan dinyatakan benar kerana Yehuwa,+Dan mereka akan berbangga kerana hal-hal yang dilakukan-Nya untuk mereka.’”

Nota Kaki

Atau “Tukang yang membentuknya.”
Atau mungkin, “patutkah tanah liat berkata, ‘Hasil kerjamu tidak ada pemegang’?”
Atau mungkin, “Buruh-buruh.”
Atau mungkin, “pedagang-pedagang.”
Atau “Habsyah.”
Atau mungkin, “bukannya untuk menjadi tempat yang kosong.”