Yesaya 30:1-33

  • Bantuan Mesir langsung tidak berguna (1-7)

  • Orang menolak perkhabaran nabi (8-14)

  • Orang yang percaya kepada Tuhan akan dikuatkan (15-17)

  • Yehuwa memberkati umat-Nya (18-26)

    • Yehuwa, Pendidik Agung (20)

    • “Inilah jalannya” (21)

  • Yehuwa akan menghukum Assyria (27-33)

30  Yehuwa berfirman, “Malanglah anak-anak yang keras kepala ini!+Mereka melaksanakan rancangan yang bukan rancangan-Ku;+Mereka membuat persepakatan* yang bertentangan dengan kehendak-Ku.*Maka bertimbun-timbunlah dosa mereka.   Tanpa meminta petunjuk daripada-Ku,+ mereka pergi ke Mesir+Untuk mendapatkan perlindungan daripada FiraunDan untuk bernaung di bawah kuasa Mesir.   Tetapi mereka akan dimalukan kerana berlindung kepada Firaun;Mereka akan dihina kerana bernaung di bawah kuasa Mesir.+   Para pemimpin sudah berada di Zoan,+Dan duta-duta sudah sampai di Hanes.   Semua orang akan dimalukan oleh bangsa Mesir;Mereka tidak dapat memberikan apa-apa bantuanDan tidak dapat membawa manfaat kepada orang lain.Mereka hanya mendatangkan aib dan hina kepada semua.”+  Berikut merupakan perkhabaran tentang binatang-binatang di sebelah selatan: Duta-duta melintasi negeri yang dipenuhi kesusahan dan penderitaan,Negeri yang didiami singa yang mengaum,Ular berbisa, dan ular beracun yang dapat terbang.Mereka datang bersama harta dan hadiah mereka,Yang dimuatkan di atas keldai dan unta mereka. Namun semua itu tidak akan membawa manfaat kepada orang Israel.   Bantuan daripada Mesir langsung tidak berguna.+ Oleh itu, Aku memanggilnya “Rahab*+ yang duduk berpeluk tubuh.”   “Sekarang, pergilah dan tuliskanlah semua itu pada sekeping papan tulis di hadapan umat ini;Catatkanlah semua itu dalam sebuah kitab,+Agar apa yang ditulis itu menjadi kesaksian yang kekal,+Yang dapat dilihat pada kemudian hari.   Umat ini suka memberontak;+ mereka anak-anak yang suka berdusta.+Mereka enggan mematuhi hukum* yang Aku, Yehuwa, berikan kepada mereka.+ 10  Kepada para pelihat, mereka berkata, ‘Jangan bernubuat lagi.’ Kepada orang yang diberi penglihatan, mereka berkata, ‘Jangan katakan apa yang benar kepada kami.*+ Beritahulah kami apa yang kami suka dengar;* ceritakanlah penglihatan-penglihatan yang palsu.+ 11  Tinggalkan saja haluan yang benar; tidak usah ikut jalan itu lagi. Jangan menyebut tentang Tuhan Israel Yang Suci di hadapan kami lagi.’”+ 12  Oleh itu, demikianlah firman Tuhan Israel Yang Suci: “Memandangkan kamu menolak firman-Ku+Dan percaya kepada dusta dan penipuanSerta bergantung pada hal-hal itu,+ 13  Kesalahan kamu itu seperti dinding yang retak,Seperti tembok tinggi yang retakannya semakin besar, Dan yang akan roboh secara tiba-tiba, pada bila-bila masa. 14  Dinding itu akan hancur seperti tembikar besar yang hancur luluh,Sehingga tiada satu bahagian pun daripada serpihannyaYang dapat digunakan untuk mengambil bara dari relau apiAtau untuk mencedok air dari lopak-lopak.”* 15  Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, Tuhan Israel Yang Suci, berfirman lagi, “Kembalilah kepada-Ku dan janganlah bertindak sembarangan, maka kamu akan diselamatkan.Jika kamu bertenang dan percaya kepada-Ku, kamu akan dikuatkan.”+ Tetapi kamu tidak mahu!+ 16  Sebaliknya, kamu berkata, “Tidak, kami akan menunggang kuda untuk melarikan diri!” Sesungguhnya, kamu akan terpaksa melarikan diri.Kamu juga berkata, “Kami akan menunggang kuda yang laju!”+ Tetapi ketahuilah, orang yang mengejar kamu juga sangat laju.+ 17  Ancaman seorang musuh+ akan membuat seribu orang gentar,Dan ancaman lima orang musuh akan menyebabkan kamu semua melarikan diri.Hanya sedikit orang yang akan tertinggal dalam kalangan kamu;Keadaan mereka akan seperti sebatang tiang di puncak gunung dan seperti sebatang tiang bendera di atas bukit.+ 18  Namun, Yehuwa sedang menunggu dengan sabar untuk menunjukkan belas kasihan kepada kamu;+Yehuwa akan bangkit untuk mengasihani kamu,+ Kerana Dia ialah Tuhan yang adil.+ Berbahagialah orang yang terus menanti-nantikan-Nya.*+ 19  Apabila penduduk Sion kembali ke Yerusalem,+ kamu tidak akan menangis.+ Sebaik sahaja kamu berseru meminta tolong, Tuhan akan mengasihani kamu. Ya, Dia pasti akan menjawab seruan kamu sebaik sahaja Dia mendengarnya.+ 20  Meskipun Yehuwa, Pendidik Agung kamu, memberi kamu kesusahan sebagai makanan dan penindasan sebagai minuman,+ Dia tidak akan bersembunyi lagi. Kamu akan melihat Pendidik Agung+ kamu dengan mata kamu sendiri. 21  Jika kamu menyimpang ke kanan atau ke kiri,+ kamu akan mendengar suara dari belakang kamu yang berfirman, “Inilah jalannya.+ Ikutlah jalan ini!” 22  Kamu akan menganggap berhala-berhala yang disaluti perak dan patung logam yang diliputi emas sebagai sesuatu yang najis.+ Kamu akan membuang semua itu, sebagaimana orang membuang kain yang dikotori darah haid, lalu berkata, “Pergilah daripadaku!”*+ 23  Lalu Tuhan akan menurunkan hujan untuk mengairi benih yang kamu tanam,+ supaya tanah kamu menghasilkan makanan yang berlimpah-limpah dan berkhasiat.+ Pada masa itu, kawanan ternakan kamu akan meragut rumput di padang yang luas.+ 24  Lembu dan keldai yang membajak tanah akan diberi makanan campuran terbaik yang sudah ditampi.* 25  Di atas setiap gunung dan bukit yang tinggi, akan ada anak-anak sungai yang mengalir.+ Itulah yang akan berlaku pada hari pembunuhan besar-besaran, ketika menara-menara roboh. 26  Bulan purnama akan bersinar seterang matahari, dan matahari akan bersinar tujuh kali lebih terang daripada biasa,+ seperti cahaya matahari selama tujuh hari yang dipancarkan sekali gus. Semua itu akan berlaku semasa Yehuwa membalut luka-luka umat-Nya,+ ketika Dia menyembuhkan umat-Nya yang cedera parah kerana dihukum-Nya.+ 27  Lihatlah! Yehuwa* sedang datang dari tempat yang jauh.Kemurkaan-Nya bernyala-nyala dan diliputi awan tebal. Segala ucapan bibir-Nya penuh dengan kemarahan,Dan lidah-Nya bagaikan api yang menghanguskan.+ 28  Hembusan nafas-Nya bagaikan air deras yang setinggi paras leher.Tuhan akan menampi bangsa-bangsa dengan nyiru* pembinasaan;Bangsa-bangsa akan disesatkan kerana kekang yang dipasang pada rahang mereka.+ 29  Tetapi kamu akan bernyanyi dengan gembira,Sebagaimana orang yang bersiap* untuk menyambut perayaan bernyanyi pada waktu malam.+Kamu akan bersukacita,Seperti orang yang berjalan sambil meniup* serulingKetika dalam perjalanan ke gunung milik Yehuwa, Gunung Batu Israel.+ 30  Ketika Yehuwa melampiaskan kemurkaan-Nya yang bernyala-nyala,+Dia akan mendatangkan api yang menghanguskan,+ hujan badai,+ ribut petir, dan hujan batu.+Dia akan menyebabkan semua orang mendengar suara-Nya yang agung+Dan melihat tangan-Nya+ yang dihulurkan untuk menghukum musuh-Nya. 31  Orang Assyria akan dicengkam rasa takut apabila mendengar suara Yehuwa;+Dia akan memukul mereka dengan tongkat-Nya.+ 32  Yehuwa akan menghulurkan tangan-Nya untuk berperang dengan orang Assyria.+Ketika Dia mengayunkan tongkat-NyaUntuk menghukum mereka,Setiap pukulan-Nya akan diiringi bunyi tamborin dan kecapi.+ 33  Tempat pemusnahan*+ telah dipersiapkanUntuk orang Assyria dan raja mereka.+ Tempat itu dalam dan lebar;Di situ terdapat timbunan kayu serta api yang bernyala-nyala. Apabila Yehuwa menghembuskan nafas-Nya yang bagaikan sungai belerang,Tempat itu akan terbakar.

Nota Kaki

Atau “Mereka menuangkan korban wain.” Nampaknya merujuk kepada perbuatan mengikat persetujuan.
Atau “dengan bimbingan kuasa suci-Ku.”
Lihat Kamus.
Atau “ajaran.”
Atau “Jangan beritahu kami penglihatan yang sebenar.”
Atau “Beritahulah kami hal-hal yang menyenangkan.”
Atau mungkin, “kolam.”
Atau “yang menunggu-Nya dengan penuh harapan.”
Atau mungkin, “lalu mengatakan bahawa semua itu najis.”
Atau “ditampi dengan penyodok dan serampang.”
Harfiah, “Nama Yehuwa.”
Menampi ialah proses mengasingkan biji-bijian daripada sekam, dan nyiru ialah alat yang digunakan untuk menampi.
Atau “yang menyucikan diri.”
Atau “berjalan dengan iringan.”
Atau “Tofet.” Di ayat ini, “Tofet” merujuk kepada tempat pembakaran kiasan, yang melambangkan kebinasaan.