Surat daripada Yakobus 3:1-18

  • Menjinakkan lidah (1-12)

    • Beberapa orang sahaja yang harus menjadi guru (1)

  • Kebijaksanaan dari syurga (13-18)

3  Saudara-saudaraku, sepatutnya beberapa orang sahaja antara kamu yang menjadi guru,* kerana kita yang menjadi guru akan diadili dengan lebih tegas.+  Kita semua sering berbuat silap.*+ Jika seseorang tidak pernah berbuat silap dalam pertuturannya, dia ialah orang sempurna yang dapat mengekang seluruh tubuhnya.  Kita memasang kekang pada mulut kuda supaya kuda menuruti kehendak kita. Dengan kekang, kita mengawal seluruh tubuh kuda.  Demikian juga dengan kapal. Walaupun kapal sangat besar dan digerakkan oleh angin yang kencang, jurumudi dapat mengawalnya dengan kemudi yang sangat kecil dan menggerakkannya ke arah yang diingini.  Begitu juga, lidah ialah anggota badan yang kecil, tetapi lidah dapat bercakap besar. Lihatlah betapa kecilnya api yang diperlukan untuk membakar hutan yang luas!  Lidah bagaikan api.+ Anggota tubuh yang penuh dengan kejahatan ini dapat menajiskan seluruh tubuh+ dan menghancurkan kehidupan seseorang serta membawa kebinasaan seperti api daripada Gehena.*  Manusia dapat menjinakkan dan sudah menjinakkan semua jenis binatang liar, burung, reptilia,* dan hidupan laut.  Tetapi tiada seorang pun yang dapat menjinakkan lidah. Lidah tidak dapat dikawal, dapat menyakiti orang, dan penuh dengan racun yang membawa maut.+  Kita menggunakan lidah untuk memuji Yehuwa,* Bapa kita, tetapi kita juga menggunakannya untuk mengutuk manusia yang diciptakan “menurut gambaran Tuhan.”+ 10  Kata-kata pujian dan kutukan diucapkan daripada mulut yang sama. Saudara-saudaraku, perkara ini tidak seharusnya berlaku.+ 11  Dapatkah air yang segar* dan air yang pahit keluar dari mata air yang sama? 12  Saudara-saudaraku, pokok ara tidak dapat menghasilkan buah zaitun, dan pokok anggur tidak dapat menghasilkan buah ara, bukan?+ Begitu juga, mata air yang masin tidak dapat mengeluarkan air yang segar. 13  Siapakah antara kamu yang bijaksana dan berpengertian? Dia harus membuktikannya menerusi kelakuan yang baik dan membiarkan kebijaksanaan itu mendorongnya untuk melakukan segalanya dengan lemah lembut. 14  Namun, jika perasaan cemburu yang kuat+ dan sikap suka bertengkar*+ wujud dalam hati kamu, janganlah bercakap besar+ tentang kebijaksanaan kamu. Jika kamu berbuat demikian, kamu sedang berbohong. 15  Kebijaksanaan seperti ini tidak berasal dari syurga, tetapi bersifat duniawi,+ bersifat seperti binatang, dan berasal daripada roh-roh jahat. 16  Hal ini demikian kerana di mana ada rasa cemburu dan sikap suka bertengkar,* di situ akan berlakunya kekacauan dan bermacam-macam kejahatan.+ 17  Tetapi, kebijaksanaan yang datang dari syurga pertama-tamanya murni,+ lalu suka akan kedamaian,+ munasabah,+ sedia mematuhi, penuh belas kasihan dan perbuatan yang baik,+ tidak berat sebelah,+ dan tidak bermuka dua.+ 18  Lagipun, buah kebaikan ditanam dalam suasana yang damai+ untuk* orang yang berusaha mewujudkan kedamaian.+

Nota Kaki

Hal ini demikian kerana bukan semua orang layak menjadi guru dalam sidang.
Harfiah, “tersandung.”
Lihat Kamus.
Atau “binatang menjalar.”
Harfiah, “manis.”
Atau mungkin, “dan cita-cita tinggi demi kepentingan diri.”
Atau mungkin, “dan cita-cita tinggi demi kepentingan diri.”
Atau mungkin, “oleh.”