Wahyu yang Diterima oleh Yohanes 17:1-18

  • “Babilon Besar” dijatuhkan hukuman (1-18)

    • Pelacur besar duduk di atas binatang merah marak (1-3)

    • Binatang buas itu “dahulu ada, sekarang tiada, tetapi akan naik dari jurang” (8)

    • 10 tanduk melawan Anak Bebiri (12-14)

    • 10 tanduk membenci pelacur itu (16, 17)

17  Salah satu daripada tujuh malaikat yang mempunyai tujuh mangkuk itu+ datang kepadaku dan berkata, “Marilah, aku akan menunjukkan hukuman yang dijatuhkan kepada pelacur besar yang duduk di atas air yang banyak.+  Raja-raja di bumi melakukan perbuatan seks yang tidak bermoral*+ dengannya, dan penduduk bumi menjadi mabuk kerana wain perbuatannya itu.”*+  Malaikat itu menggunakan kuasa suci Tuhan untuk membawa aku ke sebuah padang belantara. Di situ aku nampak seorang wanita yang sedang duduk di atas seekor binatang buas yang berwarna merah marak. Binatang buas itu mempunyai tujuh kepala dan 10 tanduk, dan badannya penuh dengan nama-nama yang menghina Tuhan.  Wanita itu berpakaian ungu+ dan merah marak, dan memakai perhiasan emas, batu permata, dan mutiara.+ Di dalam tangannya ada sebuah cawan emas yang penuh dengan hal-hal yang menjijikkan dan hal-hal najis daripada perbuatan seks yang tidak bermoral.*  Pada dahinya tertulis suatu nama, dan nama itu suatu misteri. Nama itu ialah “Babilon Besar, ibu kepada pelacur-pelacur+ dan hal-hal yang menjijikkan di bumi.”+  Aku nampak wanita itu mabuk kerana dia telah minum darah umat suci Tuhan dan darah saksi-saksi Yesus.+ Aku sangat hairan ketika melihat wanita itu.  Maka malaikat itu berkata kepadaku, “Mengapakah kamu hairan? Aku akan memberitahu kamu tentang misteri wanita itu+ dan tentang misteri binatang buas yang ditungganginya, iaitu binatang buas yang mempunyai tujuh kepala dan 10 tanduk.+  Binatang buas yang kamu nampak itu dahulu ada, sekarang tiada, tetapi akan naik dari jurang yang dalam+ tidak lama lagi, dan kemudiannya dibinasakan. Penduduk bumi, yang nama mereka tidak tertulis dalam kitab kehidupan+ semenjak dunia diasaskan,* akan hairan semasa melihat bagaimana binatang buas itu dahulu ada, sekarang tiada, dan akan muncul semula.  “Hal ini memerlukan kecerdikan dan kebijaksanaan: Tujuh kepala binatang itu+ melambangkan tujuh buah gunung, dan wanita itu duduk di atas tujuh buah gunung tersebut. 10  Terdapat tujuh orang raja: Lima orang sudah jatuh, seorang masih ada, dan seorang lagi belum tiba. Apabila dia tiba, dia akan tinggal buat suatu jangka waktu yang singkat. 11  Binatang buas yang dahulu ada tetapi sekarang tiada+ merupakan raja kelapan yang datang daripada tujuh orang raja itu. Akhirnya, binatang buas itu akan dibinasakan. 12  “Sepuluh tanduk yang kamu nampak itu melambangkan 10 orang raja yang belum menerima kuasa untuk memerintah. Tetapi mereka akan menerima kuasa sebagai raja bersama-sama binatang buas itu selama satu jam. 13  Sepuluh orang raja itu mempunyai satu fikiran, maka mereka menyerahkan kekuatan dan kuasa mereka kepada binatang buas itu. 14  Mereka akan berperang melawan Anak Bebiri,+ tetapi mereka akan dikalahkan kerana Anak Bebiri ialah Tuan atas segala tuan dan Raja atas segala raja.+ Mereka juga akan dikalahkan oleh orang yang ada bersama Anak Bebiri,+ iaitu orang yang dipanggil dan dipilih oleh Tuhan dan yang setia kepada-Nya.”+ 15  Malaikat itu berkata kepadaku, “Air yang kamu nampak itu, iaitu tempat pelacur itu duduk, melambangkan kaum, orang ramai, bangsa, dan bahasa.+ 16  Sepuluh tanduk+ yang kamu nampak dan binatang buas+ itu akan membenci pelacur itu.+ Mereka akan membinasakannya dan membuatnya telanjang. Mereka akan memakan habis dagingnya dan memusnahkannya dengan api.+ 17  Hal ini demikian kerana Tuhan sendiri menanam rancangan untuk melaksanakan tujuan-Nya dalam hati mereka,+ supaya mereka bersepakat untuk memberikan kuasa pemerintahan mereka kepada binatang buas itu,+ sehingga firman Tuhan terlaksana. 18  Wanita+ yang kamu nampak itu melambangkan kota besar yang berkuasa atas raja-raja di bumi.”

Nota Kaki

Lihat Kamus.
Atau “wain yang melambangkan perbuatan seks tidak bermoral yang dilakukannya.” Yunani, por·neiʹa. Lihat Kamus.
Yunani, por·neiʹa. Lihat Kamus.
Iaitu, sejak anak-anak Adam dan Hawa dilahirkan.