Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Ulangan 7:1-26

RANGKA KANDUNGAN

  • Tujuh bangsa yang akan dimusnahkan (1-6)

  • Sebab orang Israel dipilih (7-11)

  • Kepatuhan membawa kejayaan (12-26)

7  “Apabila Yehuwa, Tuhan kamu, membawa kamu ke tanah yang akan kamu takluki itu,+ Dia akan mengusir orang Het, Girgashi, Amori,+ Kanaan, Feris, Hewi, dan Yebus,+ iaitu tujuh bangsa yang lebih besar dan lebih kuat daripada kamu.+ Dia akan mengusir semua bangsa itu dari hadapan kamu.+  Yehuwa, Tuhan kamu, akan menyerahkan bangsa-bangsa itu ke dalam tangan kamu, dan kamu mesti mengalahkan+ dan membinasakan mereka semua.+ Jangan mengasihani mereka dan jangan membuat perjanjian dengan mereka.+  Jangan menjalin ikatan perkahwinan dengan mereka. Jangan mengahwinkan anak perempuan kamu dengan anak lelaki mereka, dan jangan mengambil anak perempuan mereka untuk dijadikan isteri anak lelaki kamu.+  Hal ini demikian kerana mereka akan menyebabkan anak-anak lelaki kamu menyembah tuhan-tuhan lain.+ Jika hal ini berlaku, Yehuwa pasti akan murka terhadap kamu dan membinasakan kamu dengan serta-merta.+  “Sebaliknya, musnahkanlah mazbah-mazbah mereka, tebanglah tiang-tiang suci* mereka,+ hancurkanlah tugu-tugu suci* mereka,+ dan bakarlah semua berhala mereka.+  Hal ini demikian kerana kamu dianggap suci oleh Yehuwa, Tuhan kamu. Yehuwa telah memilih kamu daripada kalangan bangsa-bangsa lain di bumi ini untuk dijadikan umat-Nya yang istimewa.*+  “Kamu dikasihi dan dipilih oleh Yehuwa, Tuhan kamu, bukan kerana kamu lebih besar daripada bangsa lain;+ sebenarnya kamu ialah bangsa yang paling kecil dalam kalangan semua bangsa.+  Sebaliknya, Yehuwa telah membebaskan kamu daripada kuasa Firaun, raja Mesir, dengan tangan-Nya yang perkasa, dan Yehuwa telah menyelamatkan kamu daripada perhambaan di Mesir,+ kerana Dia mengasihi kamu dan ingin menepati janji dan sumpah yang dibuat-Nya dengan nenek moyang kamu.+  Kamu memang tahu bahawa Yehuwa, Tuhan kamu, ialah Tuhan yang benar dan setia. Dia menepati janji dan menunjukkan kasih setia kepada beribu-ribu generasi yang mengasihi-Nya, dan yang mematuhi perintah-Nya.+ 10  Tetapi Dia pasti akan membinasakan orang yang membenci-Nya.+ Ya, Dia pasti tidak akan teragak-agak untuk menghukum dan melenyapkan orang yang membenci-Nya. 11  Oleh itu, patuhilah dengan teliti semua perintah, peraturan, dan ketetapan, yang aku sampaikan kepada kamu hari ini. 12  “Jika kamu terus mendengarkan dan mengikut semua ketetapan itu, Yehuwa, Tuhan kamu, akan menepati perjanjian yang dibuat-Nya dengan nenek moyang kamu, dan Dia akan menunjukkan kasih setia kepada kamu. 13  Dia akan mengasihi kamu, memberkati kamu, dan melipatgandakan keturunan kamu. Ya, Dia akan memberi kamu banyak anak.+ Dia akan memberkati ladang kamu supaya kamu memperoleh biji-bijian, minyak, dan wain baharu.+ Dia juga akan memberkati ternakan kamu supaya kamu mendapat banyak lembu dan bebiri. Dia akan memberi kamu semua berkat ini di tanah yang akan diberikan-Nya kepada kamu, menurut janji yang telah dibuat-Nya dengan nenek moyang kamu.+ 14  Kamu akan menjadi bangsa yang paling diberkati antara semua bangsa yang lain.+ Tiada seorang pun dalam kalangan kamu yang akan mandul, dan semua ternakan kamu akan membiak.+ 15  Yehuwa akan menghapuskan semua penyakit kamu. Dia tidak akan membiarkan penyakit-penyakit teruk yang terdapat di Mesir untuk menimpa kamu.+ Sebaliknya, Dia akan menimpakan penyakit itu kepada semua orang yang membenci kamu. 16  Kamu harus membinasakan semua orang yang diserahkan oleh Yehuwa, Tuhan kamu, kepada kamu.+ Jangan berasa kasihan terhadap mereka.+ Jangan menyembah tuhan-tuhan mereka,+ kerana hal itu pasti akan menjadi jerat bagi kamu.+ 17  “Mungkin kamu berkata dalam hati kamu, ‘Bangsa-bangsa itu lebih besar daripada kami. Bagaimana kami dapat mengusir mereka?’+ 18  Jangan takut terhadap mereka.+ Ingatlah akan apa yang telah dilakukan oleh Yehuwa, Tuhan kamu, terhadap Firaun dan semua orang Mesir.+ 19  Ingatlah bahawa Yehuwa telah menjatuhkan hukuman yang berat kepada mereka. Dia telah melakukan tanda dan mukjizat di depan mata kamu sendiri+ untuk membawa kamu keluar dari sana. Dengan cara yang sama, Yehuwa, Tuhan kamu, akan menghulurkan tangan-Nya yang kuat dan perkasa+ untuk menghapuskan bangsa-bangsa yang kamu takuti itu.+ 20  Yehuwa, Tuhan kamu, akan menyebabkan musuh kamu dilanda rasa gentar,+ dan Dia akan menghapuskan mereka yang masih tertinggal dan yang bersembunyi. 21  Jangan takut terhadap mereka, kerana Yehuwa, Tuhan kamu, menyertai kamu.+ Dia Tuhan yang agung dan sungguh hebat.+ 22  “Yehuwa, Tuhan kamu, pasti akan mengusir mereka dari hadapan kamu sedikit demi sedikit.+ Dia tidak akan membenarkan kamu menghapuskan mereka dengan sekali gus, kerana jika kamu berbuat demikian, binatang buas akan bertambah banyak dan membahayakan kamu. 23  Yehuwa, Tuhan kamu, akan menyerahkan mereka ke dalam tangan kamu, dan Dia akan mengalahkan dan melenyapkan mereka semua.+ 24  Dia akan menyerahkan raja-raja mereka ke dalam tangan kamu,+ dan kamu akan melenyapkan mereka dari muka bumi ini.+ Tiada seorang pun yang dapat melawan kamu;+ kamu akan membinasakan mereka sama sekali.+ 25  Bakarlah semua berhala mereka+ dan jangan menginginkan emas dan perak yang ada pada berhala-berhala itu,+ kerana hal itu akan menjadi jerat bagi kamu. Jangan mengambil berhala-berhala itu kerana Yehuwa, Tuhan kamu, sangat membenci semua benda itu.+ 26  Jangan membawa benda-benda yang dibenci oleh Tuhan ke dalam rumah kamu. Jika kamu membawanya, kamu juga akan dibinasakan seperti benda itu. Kamu mesti membenci dan menganggap semua benda itu menjijikkan, kerana benda-benda itu mesti dihancurkan.

Nota Kaki

Lihat Kamus.
Lihat Kamus.
Atau “dijadikan milik-Nya yang amat bernilai.”