Ulangan 23:1-25

  • Orang yang tidak layak menyertai umat Tuhan (1-8)

  • Kebersihan perkhemahan (9-14)

  • Hamba yang melarikan diri (15, 16)

  • Pelacuran dilarang (17, 18)

  • Menuntut faedah; menunaikan ikrar (19-23)

  • Orang yang lalu di ladang (24, 25)

23  “Orang yang sudah dikembiri, sama ada yang buah zakarnya dihancurkan atau yang zakarnya dipotong,* tidak boleh menjadi sebahagian daripada sidang* Yehuwa.+  “Orang yang lahir luar nikah tidak boleh menjadi sebahagian daripada sidang Yehuwa.+ Semua keturunannya, bahkan sampai generasi yang ke-10, tidak boleh menjadi sebahagian daripada sidang Yehuwa.  “Orang Ammon dan orang Moab tidak boleh menjadi sebahagian daripada sidang Yehuwa.+ Semua keturunan mereka, bahkan sampai generasi yang ke-10, tidak boleh menjadi sebahagian daripada sidang Yehuwa.  Hal ini demikian kerana mereka tidak membantu kamu dengan memberikan makanan dan minuman semasa kamu dalam perjalanan keluar dari Mesir,+ dan kerana mereka mengupah Bileam anak Beor, dari Petor di Mesopotamia, untuk mengutuk kamu.+  Tetapi Yehuwa, Tuhan kamu, tidak mendengarkan Bileam.+ Sebaliknya, Yehuwa, Tuhan kamu, mengubah kutukannya itu menjadi berkat,+ kerana Yehuwa mengasihi kamu.+  Selama kamu hidup, kamu tidak boleh membantu bangsa-bangsa itu atau menjadikan mereka makmur.+  “Jangan membenci orang Edom kerana mereka merupakan saudara kamu.+ Jangan membenci orang Mesir kerana kamu pernah menjadi orang asing di negeri mereka.+  Generasi mereka yang ketiga dan seterusnya boleh menjadi sebahagian daripada sidang Yehuwa.  “Sewaktu kamu berkhemah untuk berperang melawan musuh kamu, berhati-hatilah agar kamu tidak menajiskan diri sendiri.+ 10  Jika seorang lelaki menjadi najis kerana mengeluarkan mani pada waktu malam,+ dia mesti keluar dari perkhemahan. Dia tidak dibenarkan masuk ke dalam perkhemahan. 11  Pada waktu petang, dia harus mandi dan selepas matahari terbenam, dia boleh kembali ke perkhemahan.+ 12  Kamu mesti menyediakan suatu tempat* di luar perkhemahan untuk membuang air besar. 13  Semasa kamu pergi membuang air besar, kamu mesti membawa penyodok* bersama perlengkapan kamu yang lain. Kamu mesti menggunakan penyodok itu untuk menggali lubang dan untuk menutupi najis kamu. 14  Yehuwa menyertai kamu di perkhemahan kamu+ untuk menyelamatkan kamu dan untuk mengalahkan musuh kamu. Oleh itu, perkhemahan kamu mestilah suci+ supaya Dia tidak melihat apa-apa pun yang najis dalam kalangan kamu lalu meninggalkan kamu. 15  “Jika seorang hamba melarikan diri daripada tuannya lalu datang kepada kamu, jangan menyerahkannya kepada tuannya. 16  Hamba itu boleh tinggal dalam kalangan kamu, di mana-mana kota yang dipilihnya. Kamu tidak boleh menindasnya.+ 17  “Orang Israel, baik lelaki mahupun perempuan, tidak boleh menjadi pelacur kuil.+ 18  Kamu tidak boleh menggunakan wang yang dibayar kepada pelacur lelaki* atau pelacur perempuan untuk menunaikan ikrar di rumah Yehuwa. Hal ini demikian kerana semua itu merupakan sesuatu yang menjijikkan bagi Yehuwa, Tuhan kamu. 19  “Jangan menuntut faedah semasa memberikan pinjaman kepada saudara kamu,+ sama ada pinjaman wang, makanan, atau apa-apa sahaja. 20  Kamu boleh menuntut faedah daripada orang asing,+ tetapi kamu tidak boleh berbuat demikian terhadap saudara kamu.+ Dengan itu, Yehuwa, Tuhan kamu, akan memberkati segala yang kamu lakukan di negeri yang akan kamu duduki itu.+ 21  “Jika kamu berikrar kepada Yehuwa, Tuhan kamu,+ tunaikanlah ikrar itu secepat mungkin.+ Yehuwa, Tuhan kamu, menghendaki kamu menunaikan ikrar kamu itu. Kamu berdosa jika kamu tidak menunaikannya.+ 22  Tetapi kamu tidak berdosa jika kamu tidak berikrar kepada Tuhan.+ 23  Kamu harus menunaikan apa yang kamu ucapkan+ dan melakukan segala yang telah kamu ikrarkan kepada Yehuwa, Tuhan kamu, sebagai korban sukarela.+ 24  “Jika kamu pergi ke ladang anggur orang lain, kamu boleh makan buah anggur seberapa banyak yang kamu mahu, tetapi kamu tidak boleh mengumpulkannya di dalam bakul.+ 25  “Jika kamu pergi ke ladang biji-bijian orang lain, kamu boleh memetik dan makan hasil tanaman yang masak, tetapi kamu tidak boleh memotongnya dengan sabit.+

Nota Kaki

Nampaknya merujuk kepada seseorang yang sengaja mengembiri diri untuk melakukan perbuatan yang tidak bermoral, seperti hubungan homoseksual.
Lihat Kamus.
Iaitu, tandas.
Nampaknya merujuk kepada sepotong kayu.
Harfiah, “kepada anjing.” Nampaknya merujuk kepada seorang lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki lain, terutamanya dengan kanak-kanak lelaki.